Sunday 30 December 2012

CYMA TUNANG

29/12/2012
(SABTU)

Hari yang di nanti sudah tiba, iaitu hari pertunangan Cyma, Cyma dah la bagi msg  "Weh korang nanti 29/12/2012 datang ar umah aku ade bbq" tapi sebenarnya waktu tu aku dengan Izzah dah tau Cyma nak tunang. Tidak maunya kita orang pakai jeans ngan baju t-shirt. Huhu

Tak sangka Aku & Izzah bertekad nak pergi walaupun banyak halangan yang perlu kami tempuhi, pada malam  28/12/2012 (Jumaat), aku telephone Izzah kerana hendak menayakan pukul berapa nak kena sampai KL Sentral" . Izzah jawab " Kita pergi pukul 7 nak tak Sarah?" aku jawab "Macam awal sangat je, Kul 8 ke 8 lebih  siket, okey tak Izzah?" Izzah jawab " Hmm kalo macam tu 7.30 la, sebab takot lewat" hati aku berdetik 'hmm, awal sangat tu, aku pergi kerja hari tu pun paling awal sampai dekat KL Sentral pukul 7.40pg. Aku bermonolog 'okey sok aku bagun awal, mandi sebelum subuh. Siap cepat-cepat'

Ke esokkan harinya, aku terlajak bagun sewaktu azan berkumandang, hmm, dalam hati berdetik, lambat la.. aku macam ni, terus aku buru-buru mempersiapkan diri, hmm. Jam diruang tamu sudah menunjukkan pukul 6.40pg. Hmm memang tak sempat ni nak sampai KL sentral kul 7.30pg, aku hantar msg kepada Izzah cakap yang aku tak boleh nak sampai sebelum kul 7.30pg kalo sebelum pukul 8pg sempat la, tapi msg aku tak berbalas, aku bertambah lambat kerana mencuci rambut dan terpaksa mengeringkannya terlebih dahulu, selesai segala urusan, aku mengambil telephone untuk megetahui ape yang di balas Izzah , malang nya, tiada msg yang masuk, aku telepohe Izzah dalam 3 kali, tetapi panggilan aku tidak berjawab, dalam hati berdetik Izzah agaknya tak bagun lagi ke ni, kagum lak aku, huhu. Selepas mengetahui Izzah lambat, aku pun berdandan lagi, selepas itu aku cuba menghubungi Izzah sekali lagi, kali ini panggilan aku berjawab " Izzah kat mana da tu", Izzah menjawab "Izzah tengah bersiap" waktu itu menunjuk kan pukul 8. Izzah bertanya " Sara da sampai ke?" aku jawab "Kita pun belom gerak lagi, okey bye". Bergitulah ceritanya. Hee

Memandangkan Izzah lambat lagi nak sampai, aku menyinggah KL Sentral, pergi buang apa yang patut hee. Tandas dekat KL Sentral sume tak boleh nak pam, tension lak, hurmm. Selepas selesai melepaskan hajat, aku mendapat panggilan dari Izzah "Sara kat mana? Izzah kat depan Maxis ni" okey dari jauh aku dah nampak Izzah, aku meluru ke arah Izzah, waktu itu KTM membuat pengumuman ' Train ke Sugai Gadut akan sampai sebentar lagi di platform no6'. Aku cakap dekat Izzah " Jom Izzah, Izzah da beli tiket tak?" Izzah jawab "Tak Izzah belom beli" pastu aku cakap "Jom cepat train da nak sampai" Izzah cakap tak pe la sara, Izzah nak bayar bil Maxis ni, da lama tak bayar. hee" Aku bertanya "Ni dorang tutup lagi, entah buka pukul berapa tah" Izzah jawab "Jab lagi dorang bukak kul 9pg".Adoi Izzah ni... semalam kemain nak cepat-cepat detik hatiku, huhu.

Nurul Izzah Hayati merangkap kawan baik Sarah Izzah.
Sampai di Seremban, Izzah menceritakan kekagumannya terhadap laluan perjalan kaki yang beratap, Izzah kata "Dulu Izzah jalan kaki panas-panas.. da la jauh" aku mendengar cerita Izzah dengan kusyuk. Hmm selepas berjalan agak lama aku berkata " Wah Izzah jauh gak Izzah kena jalan kaki ni, da la panas" tidak lama kemudian itu aku dengan Izzah sampai di satu terowong bawah tanah, Izzah berkata " Dulu Izzah kena lintas jalan raya besar tu" aku tengok ke arah jalan raya itu " Aa besar la, Izzah tak nagis ke?" Izzah jawab "mestilah Izzah nagis" hee.

Sampai di perhentian bus. Aku menghubungi Cyma, Cyma cakap bus ke arah Jelebu susah nak dapat, Cyma tak galakkan kitaorng naik teksi sebab mahal dalam RM30 - RM40. Kitaorang menunggu bus ke Jelebu selama 40minit lebih, tapi batang idung bus pun tak kelihatan, akhirnya rasa macam nak berputus asa, naik teksi je lah, Izzah tanya kalo nak pergi Jelebu berapa, pastu uncle tu tengok alamat umah Cyma dan dia berkata , "kalo ni RM50 sebab kena masuk dalam ni", pastu Izzah tawar menawar dengan uncle tu "RM40 boleh la uncle" pastu uncle tu cakap nanti ye partu dia guna waki- toki tanya "Siapa nak hanta pergi keriang, nak harga RM40 je", waktu tu, aku macam nak gerak da sebab pikir aku da la banyak sangat duit (lawannya), tapi Izzah suro tunggu, akhirnya ade teksi, uncle India  yang sudi nak hantar kitaorang, uncle tu tegok alamat rumah Cyma, "Hurmm, yang ni dekat hospital ni, pastu kena masuk dalam lagi 8km, tak boleh bagi RM40, pastu Izzah cakap RM45 la uncle", Uncle cakap tak boleh " pergi hospital pun da RM50" aku dah nak bukak pintu da, Izzah cakap "Tak pe la Sarah, Izzah belanja , Sara bayar RM20 je" aku cakap betul ke?" Izzah jawab "Betul la, da lambat da ni, tak best la datang makan je, nak tegok orang bincang-bincang, tengok Cyma kena sarung cincin" aku on je la sebab Izzah nak belanja kan, hee. Terima Kasih Izzah sebab belanja RM5, tidak kita kena bayar RM25, tapi kita cuma perlu bayar RM20 je, huhu. Izzah cakap "tak pela, dulu dekat UiTM Sarah selalu jugak belanja Izzah"..hee (mengingbau kenangan lama pula Izzah ni)

Dalam teksi tu, uncle berborak-borak dengan kita orang. Uncle cerita pasal harimau la monyet la, HANTU LA... Waktu uncle cerita hantu tu, meremang bulu tengkuk, takot.. Uncle cerita waktu dia hantar customer guna laluan ni,(waktu malam) ada sorang perempuan pakai baju putih, rambut panjang, uncle rase kesian dekat perempuan tu, dia ingin menumpangkan perempuan tersebut, mana tau perempuan tu tertinggal bus ke, hape ke, tapi customer dia cakap "tak payah la uncle, jalan je....." Izzah menyampuk sambil berkata  "kalo saya, saya pun suro uncle jalan je. Huhu, Takot".

Sesampainya di Keriang (nama tempat), kami bertanyakan penduduk setempat mana rumah Cyma, Cyma memang famous, jiran tetangga yang jauh pun kenal dengan dia, hee, kagum aku ade kawan yang famous.

Dihadapan rumah Cyma aku bertanya kepada Izzah "Izzah betul ke ni, macam meriah semacam je, takot salah rumah" Izzah cakap "Betul Sarah.. Ni rumahnya." kami bertanya kepada pck yang baru keluar dari rumah Cyma "Pak Cik, yang ni rumah Cyma ke?"(dengan menunjukkan riaksi wajah berkerut), pak cik menjawab "Aa, kawan Cyma ye, masuk la" (sambil tersenyum ke arah kami berdua, serentak kami menjawab "Terima Kasih pak cik".

Mak Andam Cyma, makeup Cyma memang cantik. Suka tengok, huhu.

Baju ngan tudung pun cantik.
Cyma nasihatkan kalo nak tudung macam tu baik tempah, sebab lagi murah. 

Ayunya kawan aku ni. Huhu
With Ira, kalo la tau Ira nak datang, leh g sesama haha.

Cik Pah comel. Aku tanya dekat Cik Pah ape kat muka dia tu.
 Dia kata jerawat, pastu aku kata, "Tapi nampak macam tahilalat"
pastu Cik Pah cakap "ha tu la nya, tak suka" hee

Ni kawan Cyma dari sek rendah, Comel kan dia. Huhu.

Hantaran paling awesome. Ingatkan tapak sirih tu beli mana, nampak antik betul. Rupanya ni coklat. Nyumyy.
Makanan dekat umah Cyma awesome sangat sedap, sehingga menjilat jari, macam-macam ada, udang macam lemak cili padi, daging rendang, kambing rendang, ayam gaoreng berempah, sayur acar yang sedap sangat, ikan bilis masak tempoyak dengan petai, hmmm, best sangat.... Masakkan orang N9 memang sodap. Saya suka-saya suka (mei mei, upin ipin). Yang paling best Cyma siap bungkuskan lauk kambing untuk kami berdua. Huhu

Cyma : Awak duduk jauh siket, belum kawin.
Cewah Cyma. hee
Acap mata kenapa tu, masuk abuk ke? Ke nagis, huhu.
Sebelum balik kami (Aku & Izzah) sempat bagi hadiah kat Cyma. Cyma cakap "Sweet nya korang ni, ni hadiah tunang ke harijadi" pastu kitaorang cakap "Dua-dua pun boleh. hee" Cyma cakap "Da macam tuk malam pertama da ni, sabun-sabun bagai (dalam kotak tu ade sabun mandi, skrub badan dan span mandi) hee." kita orang gelak je lah, huhu. Sori Cyma tak sempat nak bagi kad. (-_-)"

US. Hopefully we will be friend until death.

Terharunya kami sebab Cyma meminta tolong dekat Bel menghantarkan kami dekat mana-mana station train yang berdekatan dengan Bel. Bel pun setuju hantarkan kami, Sooo Sweet. Bel ni dah la cantik, pandai, kaya tapi sangat merendah diri dan peramah, hari ni aku berpeluang berborak-borak dengan wanita hebat yang selama ini aku kagumi, cewah ayat. Tapi memang betul pun, dulu waktu dekat Segamat, bila tengok Bel selalu cakap " Wah cantiknya..", pastu ramai cakap Bel pandai (budak-budak Investment), ade gak yang cakap Bel tu kaya. Huhu. Sekarang beliau mengambil Master sambil bekerja. Hebatkan bel ni.


Paling best Bel hantar sampai LRT Sungai Besi, terharu sangat, waktu nak salam tu, aku nak hulur la duit, tapi Bel tak nak,  Bf dia Amir pun tak nak, baiknya dorang, terharu betul, da la jauh dorang hantar, Bel kata tak pe, sebab laluan yang sama.. huhu. 

The End.





Friday 14 December 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE IKEA.

14 DECEMBER 2012

Hari ni Farahin merangkap rakan sekerja di Rabhill Worley Parson, mengajak aku ke Ikea untuk makan bebola daging Sweden. Memang happy lah kan sebab dah lama tak makan bebola yang sedap itu. Di sini nak kongsi kan serbe sedikit pengalaman berjalan-jalan di Ikea, memang best, banyak idea dekorasi rumah yang boleh memberi inspirasi. Hari ni aku baru tau kalo beli barang dekat Ikea pastu parking kat Ikea, tak payah nak bayar parking tersebut, huhu, batak kan... mungkin semua da tau, saja nak share, hee 


Makan Dulu.



Jom kita terokai Ikea (macam tak sesuai je perkataan terokai) hee

Comel kan ruangan ni, Faran memang gila warna Pink, hehe.
Cewah main intai2, hee hee
Deco tempat makan.
Wallpaper macam ni menenangkan, huhu.

US.
Farah say "Sarah meh kita tangkap gambar kamu dengan ular ni" ,
Aku jawab " tak mo, meh kita tangkap gambar kamu je lah" hee.
Tetiba jumpe kawan UiTM, bila Syuhada dah tanya pasal tesis,
 terus rase nak lari kan diri, sebab takot, aku tak siap lagi tesis. Hee
Gajah comel, kalo RM5 dah beli dah (dapat lak nak harga RM5 kn.) hee
Jom masuk gudang dia yang besar. Ni lah gudang terbesar dekat Malaysia. Huhu.
Macam kat luar negara (Eh ye ke sara? tak macam pun) hee
"Welcome to Ikea" agak nya tu lah Farah nak cakap kowt. Huhu
Comel pokok krismas tu, tapi kalo kucing lagi comel, kan Farah?
Farah amat gemar kepada kucing, macam dah jadi pakar kucing,
 lebih-lebih lagi bila dia cerita pasal kucing,
memang macam dia dah buat kajian tentang kucing. Memang hebat. hehe
Ramai cakap muka aku nampak kecik, nak start pakai tudung cam gini lah, hee.
THANK YOU Farah bawak kita g jenjalan,huhu.
Menyempat lagi nak bergambar. 
"Dah-dah, Sarah jom balik" agak nya tu lah yang Farahin ingin katakan waktu ini. Hee.
 Aku ni dah la lagi tua dari Farah ni, tapi perangai kalahkan budak sekolah rendah, hee,
Bila lah nak matang? Kawin t kowt, hee hee.

P/S : Sekian..