Tuesday 30 October 2012

HARI YANG GILA

30 October 2012
Selasa

Hari ni aku amik cuti sebab nak pergi jumpe advisor. Lepas da jumpe tu... aku hilang arah, tak tau nak pergi mane, hati macam teringin nak karoke, tapi rase macam membazir, hmm 'tak pelah, kan ade student card' hati berbisik. Uhuk..  Sampai SOGO, aku bergegas menunaikan solat Zohor. After pray aku meneruskan perjalanan dengan menaiki eskelator ke tingkat paling atas. 'Wah'  jeritan kecil terpancul dari mulutku yang kecik, setelah aku sampai ke destinasi. Aku gagah melangkahkan kaki dengan pantas bagai ade ombak besar megejar dibelakang buru-buru aku ke kaunter Red Box membuat tempahan bilik, hmm, tak sangka aku buat bende gini for the second time 'karok sorang-sorang'. Uhuk.  Antara lagu yang sempat di nyanyikan dengan sepenuh perasaan, adalah seperti berikut :

1. Bercinta - Faizal Tahir
2. Cuba - Faizal Tahir
3. Gemuruh - Faizal Tahir
4. Karma - Faizal Tahir
5. Kasih Tercipta - Faizal Tahir
6. Mahakarya Cinta - Faizal Tahir
7. Sampai Surga - Faizal Tahir
8. Selamat Malam - Faizal Tahir
9. Keabadian Cinta - Anuar Zain
10. Lelaki Ini - Anuar Zain
11. Sedetik Lebih - Anuar Zain
12. Semua Untukmu - Anuar Zain
13. Sesuci Cintamu - Anuar Zain
14. Permata - Anuar Zain
15. This Love - Maroon Five
16. Numb - Linkin Park
17. Drowning - Backstreet Boys
18. Gone - Nsync
19. Sampai Menutup Mata - Acha Septriasa
20. Berdua lebih Baik - Acha Septriasa
21. Bahagia - Melly Goeslaw
22. Kenagan Terindah - Samsons
23. Naluri Lelaki - Samsons
24. Itu Aku - Sheila On 7
25. Pria Terhebat - Sheila On 7
26. Sahabat Sejati - Sheila On 7
27. Kisah Hati - Alyah
28. Kisah Dongeng - Stacy
29. Baldu Biru - Awie & Ella
30. Bara - Awie
31. Bengang - Akim
32. Terima Kasih Sayang - Awie
33. Intifada - Rabbani
34. Pergi Tak Kembali - Rabbani
35. Demi Masa - Raihan
36. Syukur - Raihan


Itu je lagu yang sempat nak nyanyi, rase macam nak pergi tandas, tapi tahankan niat sebab takot nanti tak cukup masa nyanyi, tapi bila dah tak tahan sangat tu,  aku pergi je toilet. Uhuk. Rase macam tak puas  nyanyi, walaupun dah nyanyi tanpa henti selama 3jam 15minit and minum air Coke 4 gelas. Adoi..Cost karok hari ini adalah  RM11.60. Nanti azam nak pergi lagi "tak boleh bla azam benda pelik" hee.


Habis karok aku bersiar-siar dekat SOGO. Terjumpe bende menarik, so belikan buat mama.


Aku sebenarnya dah lama teringin beli eyeliner warna putih, try tanya dekat promoter tu, dia cakap jenama Max Factor paling best for white eyeliner, than die applykan kan tangan die, memang nampak pekat betul, than tak masal aku beli eyeliner putih. Huhu



SEKIAN




Friday 26 October 2012

MAKEOVER

15/9/2012

Hari ni, lepas pergi Majlis Kahwin, aku dengan angah menuju ke Times Square. Cewah nak shopping lah kononnya. Hmm baju kurung membuatkan aku berasa agak janggal, nak tukar baju, tapi nanti akan mengambil masa, lagipun perjalanan agak jauh dari dewan rakyat ke rumahku. Tak aku sangka, Angah  rupanya membawa camera Nikon. Tak selesa rasenya, bila bergambar dengan baju kurung yang agak kurang bergaya itu, ewah-ewah macamlah baju yang aku beli lepas tu bergaya sangat kan, huhu. 

SEBELUM

Nampak tak bermaya.

SELEPAS

Seluar tu beli sebab terpengaruh dengan adik saudara, RM30. Baju biru RM25.

 TIBA_TIBA

Tudung jadi warna hitam. Hee. RM10.

P/S: Semakin pelik je baju aku, tapi tak ape, 'kalo tak yakin, kena buat-buat yakin', supaya aura yakin tu terpancar. hee.

Wednesday 24 October 2012

SUNWAY TOWER

25/10/12

Tempat praktical saya. (Ranhill WorleyParsons Sdn Bhd ).Tak sangka, pejam celik-pejam celik da nak dekat 3 bulan keje dekat sini. Mula-mula memang takot, sebab tempat ni macam hebat je, bagunan pun gah mencakar langit (ayat tak boleh lagi metafora), keyakinan tu memang tipis, terbayang aku akan diherdik sebab tak pandai buat keje, tapi sangkaan tu sama sekali tersasar, orang kat sini sume baik-baik, aku tak pernah kena marah, cume teguran membina je yang di berikan (ayat pelik no-2). Hari demi hari aku bertambah yakin, pengetahuan berguna aku perolehi di sini, terutama dari Ellie, Kak Aini & Kak Liza sebab dorang yang paling banyak kasi aku kerja, best dapat tambah pengetahuan tentang Procument Department and also how to open Purchase Order File, hee. Yang lain pula memberikan penerangan sekiranya aku bertanya itu ini antaranya Kak Fadzleen, Murali, Prema, Donald, Danny, Kak Hawa, Kak Dila, En Mustafa,  Kak Nor, Kak Sabrina, Adik Farahin, dan Kak Ina. Hmm pendek kate memang aku bersyukur dapat praktical dekat sini. Alhamdullilah.. Semoga aku lulus. Sape-sape yang baca entri ni doa kan aku ye. Terima Kasih. (=


Bersama Adik Farah.

Bersama Kak Sabrina.
P/S: Jangan takot sebelum memcuba..