Sunday 15 July 2012

BERSUKA RIA DI PORT DICKSON.

14 July 2012
Sabtu

Hari ni kuar dengan Misah dan Ira (Munirah). Bersiap seawal 7 pagi, tapi apakan daya menunggu Munirah sampai lebih kurang kul 8 pagi. Huhu. Perjalanan berjalan dengan lancar walaupun perut bekeroncong kelaparan. Untuk sampai ke destinasi yang dituju dari Shah Alam, mengambil masa sejam lebih. Waktu di dalam kereta rasa ngantuk, memandangkan duduk depan kenalah menemankan Misah, Misah cemburu melihat Ira dibelakang ketiduran, dia kata "Ira, bagun da nak sampai" aku cakap balik "Ye ke? Bukan jauh lagi ke? Ko jealous ngan Ira.. hehe", Misah kata "Kalau aku tido nanti semua tidur terus" haha paham-paham je la maksud Misah tu. 

Alhamdulillah sampai ke destinasi dalam pukul 10 lebih, hmm da panas, nak mandi jugak ke? Mandi jela, dah la susah nak datang lagi, kali terakhir aku pergi PD waktu umur 12 thn kalau tak silap. 




Ais krim cone kat cini RM2,
da lah dua scope je, nak lagi satu scope tambah RM0.50

Selepas bermandi-manda di pantai. Ira menyatakan hasrat hatinya kepada Misah. Dia nak pergi sekolah lama dia. Rindu katanya. Ira bersekolah di SEKOLAH MENEGAH AGAMA TELOK KEMANG PORT DICKSON, NSDK. Ira sekolah dekat situ dari tingkatan 1-3. Mulalah perjalanan kami melawat sekolah lama Ira. Best jugak. Tapi rasa janggal sebab ramai pandang, yelah kan tak proper, budak sekolah tu pakai tudung labuh kowt. Hmm aku bilalah nak jadi macam tu ye. Huhu.



Perjalanan bermula..

Belakang yang atap biru tu surau,
sempat kami singgah solat Zohor.


Ira dihadapan kelas budak pandai.
Satu ketika dahulu, Ira pun di sini juga.

Misah menunjukkan riaksi gembira.

Misah dengan air ABC yang aku beli,
murah dan sedap RM2.50 mana nak jumpe kat tempat lain. huhu

Misah yang kagum dengan
Tugas Harian yang diletakkan di papan kenyataan.

Misah di atas pentas,
 Ira kata dulu dorang buat sembahyang sunat
ramai-ramai dekat depan pentas tu. Menarik bukan?
Seterusnya kami makan di COWBOY PLACE, WATIE BEACH CAFE. Memang takut nak masuk pada mulanya, sebab semua pun duit tak berapa nak ada, ingat kedai makanan barat, tegok luar macam gak je. Disebab kan keyakinan tinggi terhadap harga yang tidak bergitu mahal, kami bertiga memberanikan diri masuk ke dalam kedai tersebut. Misah kata kalo tak cukup nanti terpaksa la dia cari ATM, manakala Aku dengan Ira tunggu di kedai tersebut. Bila order tak lah rasa mahal sangat, Misah cadang kitaorang beli ayam seekor, nasi kosong tiga dengan air jug besar sirap. Hmm semua RM25 luar jangkaan sebab kedai tu mempunyai dekorasi yang menarik. Ingatkan harganya akan mencecah RM50 lebih. Huhu

Ira kagum dengan pistol yang tergantung. 

Baru perasan muka aku nampak suci je kan. Kagum lak. Haha

Bajet-bajet..

Antara perhiasan yang dipamerkan.


Selepas makanan yang dinanti-nanti sampai.

Dah mula rasa rindu nak makan lagi..

Ayam se ekor.
Nampak kecik, tapi kenyang gak ni, walaupun share 3 orang.

Ira dan makanan.

Ayam tu panas. Tak leh nak pegang betul-betul. huhu.
 Ayam tu makan dengan sos dia memang sedap yang amat.
(bagi pendapat aku lah, hee)

Apabila dah habis makan dan membayar makanan

Akan datang lagi.. Insyaallah..

Nampak sedapkan. Sup, sos, ayam nasi, timun...semua SODAP.

Ni Banner dia, menarik kan.

Sempat bergambar dekat luar kedai.
Aku tak paham kenapa aku buat muke gegedix cam gitu. hee

Kalo nak tau bukak pukul bape hari ape, leh tegok benda ni.

Bergambar dengan moto. STYLE lah ek? hee.
Yang paling tak boleh dilupakan adalah papan welcome dorang "Makan untuk hidup, Hidup untuk beribadah". LOL.

Saturday 14 July 2012

HARI KUCAR KACIR

7 JULY 2012
Sabtu

Hari terakhir paper final sem 6 untuk Nurul & Emah. Cadang nak makan laksa, cempedak goreng, pisang goreng, kepok leko untuk hari terakhir ini.Malam ni Nurul da balik.. sob..sob.. Berjalanlah kami beramai-ramai ke kedai abang Laksa (Aku, Emah, Nurul n Abid). Selepas order aku berborak-borak dengan Nurul, dekat depan abang laksa yang sedang mengbungkuskan laksa kiteorang, dekat situ.. ade lah sorang mamat ni muka macam Mat Lutfi, datang idea nak menipu Nurul, Aku berkata "Nurul Mat Lutfi dah nak bertunang kan?. Da tegok video terbaru" Nurul yang dah kalis dengan penipuan aku pun berkata " Aa tunang dengan ko" pastu aku cakap "Eh tak ar,  mak dia yang pilihkan calon" Nurul balas " Yela calon nya ko" pastu kita orang gelak ar sama-sama. Yang tak leh bla nya, abang laksa yang sedang membungkus laksa kami tu muka macam nak percaya dah  Mat Lutfi nak tunang. Hee kagum lak kan.

Memandangkan Emah & Nurul berpuasa, jadi kami semua makan lepas magrib (Aku, Izzah a.k.a tetamu, Pija, Syira, Emah, Nurul n Abid) makan di ruang tamu. Baru beberapa ketul kuih masuk ke dalam mulut, Nurul mendapat panggilan telephone daripada ibu beliau, Ibu beliau menyatakan yang dia da sampai bawah kondo kami. Adoi.... ape-ape pun, Nurul tak kemas lagi, yela paper petang kan. Kelangkabut semua. Than mak Nurul naek atas untuk membantu Nurul mengemas beg. Apabila selesai semua dah bersalam-salam dengan mak Nurul, Nurul pun balik, suasana waktu tu macam kelang kabut jugak. 

Kami semua ( Aku, Pija, Syira, Emah) duduk berehat sebentar, tiba-tiba Nurul masukdengan riaksi cemas sambil berkata "Purse dengan hand phone aku tertinggal" suasana menjadi kelang-kabut kembali. Nurul balik selepas menagmbil dompet dan handphone beliau. 

Selepas keberangkatan Nurul, aku melihat ke arah tong sampah hitam, sambil berbisik di dalam hati "Hmm, da banyak ni, buanglah" , jadi aku pergilah buang sampah. Masuk je umah balik Emah bertanya "Sarah mana kunci aku" aku menjawab " Kat citu tak de (sambil menunjukkan ke arah, tikar tempat kami bersantap sebentar tadi). Izzah pula mencelah "Tak de... Da cari da". Aku lak terus je menyambung membasuhkan tong sampah, bila kuar dari tandas Emah bertanya lagi, "Sara ko ingat ko letak mana" Aku menjawab "Entah".  Aku sambung membasuh penutup sampah pula. 

Usai membasuh penutup sampah Emah berkata "Hmm aku rase Nurul terambik kowt" Aku sebenarnya agak ragu-ragu, rasenya memang aku orang terakhir yang pengang kunci, tapi  yang peliknya nape tak de atas tikar, hmm. Izzah yang bertandang sebagai tetamu  juga telah menolong mencari kunci di depan rumah tempat meletak kasut, tapi tak ketemu juga sama kunci Emah.

Emah dah rungsing " Hmm nyesal lak bagi kunci aku..."(raut wajah resah), aku pula berbisik dalam hati "Apasal lah... aku yang jadi orang terakhir pengang kunci tu" Aku tanya dekat Emah " Emah tadi Nurul ambik dekat mana kunci  dengan dompet dia?", Emah menjawab "Dekat katil dia". Aku pun carilah kunci Emah tu dekat katil Nurul, alang-alang aku kemas kan terus katil Nurul, tegang cadar tilam dikerjakan oleh aku. Ta....pi.... kuncinya tak juga jumpa. Aku pun duduk balik kat atas tikar tu, makan lagi ciket kuih. Emah berkata " Aku rasa Nurul terambik ni, tapi dia tak angkat call". Aku pun cuba menghubungi Nurul, pun tidak berjawab juga. Tidak lama selepas itu Nurul telephone aku  dan berkata " Sarah, mak aku da kasi, kunci last tu kat ko, ke ko termasukkan dalam beg aku" aku jawab "Entah.." pastu Nurul cakap "takpe nanti aku cari". Hmm bende ni buat aku lagi seram, mana lah kunci Emah ni aku terbuang ke? Adoi..

Sewaktu Aku dan Izzah menjamah laksa, Emah berkata lagi " Hmm aku bukan ape, aku tak kesah kunci tu kalo kat Nurul, aku nak kunci laci meja ni. Sayanglah kalau hilang."(menunjukkan riaksi sedih) Rase bersalah bersinggah kebali dilubuk hati ini. Aku yang sedang makan menyambung pencarian kunci. Selepas itu aku berkata  " Hmm, nak cari kat beg Izzah lah". Izzah berkata "Carilah, takut termasuk.", sporting betul kawan aku yang sorang ni. Huhu.

Hurmmm...(nada mengeluh) Tak jumpe jugak kunci Emah. Aku berkata, "Tak jumpe lah Emah" Emah berkata "Hmm, aku tak kesah nak buat kunci baru, kalo betul ade kat Nurul takpe la, kalo tak de tu yang aku risau, aku lak pergi letak semua sekali. Hurmm". Waktu Emah cakap macam tu aku terpikir dan berkata dalam hati "Hmm tak kan terbuang kowt kunci Emma". Aku memang ingat aku buang plastik laksa tu je, tak kan aku terbuang kunci kowt, hurmm....

Usai makan, Izzah mencuci pinggan sambil membersihkan singki, mana tau, waktu masak-masak kunci itu tertinggal atas singki. Rajin betul tetamu kami ni. Hee. Emah berkata lagi "Hmm. Aku ni memang suka buat kunci banyak-banyak kali.."(nada sedih). Hmm waktu tu aku da kusut da, nak biar kan... tapi rasa bersalah, yang peliknya kenapa kunci tu tak ada, ke aku masukkan kunci tu dalam beg Nurul? KE AKU TERBUANG???????? Huh gila ar terbuang kunci. Aku meluahkan apa yang aku rasa dekat Emah " Ke kita tebuang? Tapi kita pasti kita buang plastik je tadi. Hurmm" pastu Emah kata "Hmm harap-harap ada kat Nurul. Aku bukan ape kunci laci ni yang penting" Duduk lah termenung kami semua sambil memikirkan dan membincangkan, mana kunci Emah. Ada lah nak dekat setengah jam kami membincangkannya. 

Selepas itu  Emah mendapat idea untuk bertanya kepada Pija "Haa Pija je tak tanya lagi.." (Waktu kitaorang sedang mencari-cari tu, Pija duduk dalam bilik, dan bilik dia berkunci). Emah mengetuk pintu bilik Pija "Pija...Pija.." Pintu terbuka, Pija memunculkan diri, Emah deras bertanya "Pija, ko de nampak kunci aku tak?" Pija dengan gaya confius,  mengambil kunci yang tergantung di belakang pintunya, ade banyak kunci di situ. Pija sebenarnya tak tahu apa yang berlaku kat ruang tamu, dia pakai earphone sebab tengah kusyuk   tengok  cita Hindustan.  Selepas Emah mengambil kunci , dan Pija menutup pintu bilik dan menyambung kembali film hindustan yang tergendala sebentar tadi. Adoi geram nya.... Siket lagi je aku nak pergi selongkar sampah. Nasib baik tak... Macam mana lah Pija (ketua rumah), boleh masukkan kunci tu dalam bilik dia? Adoi.........haiiii 

Pikir-pikir balik kelakar jugak. Dalam sejam lebih cari kunci tu, banyak lak sepekulasi yang dibuat. Paling kesian adalah Nurul, tak pasal-pasal kena tempis sekali, mak Nurul pun terbabit sama. Sorry sangat Nurul n Mak Cik. Ni sume salah Pija. Rajin pulak dia bawak kunci masuk dalam bilik.. hehe

Gambar-gambar peristiwa

Laci Emah yang ada kunci..

Katil Nurul yang sempat aku kemas. hee

Tikar yang diyatakan dalam cerita di atas.
Tempat Pija meletakkan kunci Emah.


P/S: Akan rindu moment ini. Huhu

Wednesday 4 July 2012

SHOPPING DI MASJID JAMEK

10 Mac 2012

Post yang dah bersawang, Hmm ingat kan tak nak story about this tapi pikir-pikir tak de lak aku tulis apa-apa tentang roomate kesayangan aku, iaitu Emma dan Nurul. Gonna miss them, because aku kan da abis, dorang lom abis lagi, hik hik (ketawa kejam)

Hmm pada 10 Mac 2012 bersamaan dengan hari Sabtu, 8 pagi, Aku, Emma, Nurul dan Syapi berangkat ke stesen KTM Padang Jawa, menaiki kereta Yana (mck Yo) yang dipandu oleh Yo, huhu, kebetulan lak Yana letak kate kat umah Yo, leh la Yo guna tuk anta kita orang pagi tu, ye dok. Hee.

Dalam Ketapi kitaorang sume dapat duduk, tapi ari ni aku rase permurah pula sebab bagi tempat duduk dekat orang, aku nampak kakak tu macam bawak banyak barang, tak sampai hati lak nak biarkan dia berdiri, so aku pun bagi lah tempat duduk aku, tapi tidak lama kemudian ade lah tempat kosong bila orang da turun train, kira sekejab je la aku berdiri, huhu, Emma ngan Nurul pun bagi tempat duduk dekat orang tua, tapi lepas tu sekejab je dapat duduk balik, Syapi orang terakhir dapat tempat duduk, kira Syapi berkorban untuk kawan-kawan, huhu.

Sampai je KL central, kita orang naek train PUTRA, turun dekat "Masjid Jamek", bermulalah acara membeli belah, rambang mata sebab banyak sangat baju cantik dan murah-murah. huhu. Loveee the moment for ever. huhu.


Di KL Sentral.

Menunggu dengan sabar....(sabar separuh dari Iman) hik..hikk

Entah apa yang di konfiuskan oleh Nurul itu, Adoi i...

Emma yang kepanasan. Huhu.
Di Stesen PUTRA, Masjid Jamek.

Apabila semua dipaksa berposing oleh Aku, huk..huk..

Di GLOBE:

Syapi & Emma terbeli waffle yang tak sedap dan mahal, huhu 

Emma bergambar macam "tak kose aku nak layan Sara nih" hee

Syapi bercerita, Nurul pula menggunakan peluang utuk berehat sepenuhnya.

Emma mendengar cerita Syapi, sambil meminum air mineral, hee

Dalam perjalanan ke "SOGO", sempat menyinggah beli cendol,
best apabila cuaca panas dihidangkan dengan air cendol
Pergi ke SOGO mencari tandas, aku bawak dorang ke tingkat 8 naik escalator. Berpusing-pusing kitaorang, hee. Aku tak tau tandas ade kat setiap level, entahlah.... da aku pernah pergi tandas kat tingkat lapan je kan, so nak wat cam ne, haha (tingkat lapan ade RED BOX). Than kita orang singgah solat di ground floor SOGO. Selesa sangat Surau di situ...


Antara barang yang di beli:


Kain warna pink tu, beli kat SOGO, RM20, Inner warna hijau tu beli dekat Masjid Jamek, RM10.


 Set  gelang beli di GLOBE, RM10,  Baju kaftan warna putih beli di Masjid Jamek, RM25. huhu


Baju punjabi beli dekat Masjid Jamek RM50.



P/s: Hari yang tidak boleh di lupakan, terima kasih korang, sebab ajak pergi bersama-sama..

Sunday 1 July 2012

BILA TENGOK MARIO BALOTELLI TERINGAT SESEORANG.

2 JULY 2012

Pukul 2 pagi semagat aku tegok bola ngan YO kat kedai mamak KHALIFAH, nak sokong ITALY walaupun perasaan kuat mengatakan SPAIN yang akan menjadi juara. Aku bukan nak tegok sangat, aku cuma semangat nak tengok Mario Balotelli. YO kata die main best, tapi die belagak giler...

Dia pernah pakai baju dua lapis, baju kat dalam tu tulis "WHY ALWAYS ME", than bila dia dah jaringkan goal die bukak baju jersi, so nampak lah baju yang agak poyo tu.

Aku memang suke orang yang poyo & orang yang high self-esteem nih, haha, mentang-mentang study personal development, self-esteem self-esteem bagai, haha.

Aku tegok Mario Balotelli ni aku macam rase hurmm...... macam pernah nampak ar peragai poyo-poyo cam ni, hmm muka pun de iras-iras. Tapi.... sape ye? Lepas balik dari tegok bola, aku tido. Than pada pukul 8a.m after bagun tido, aku dapat bayangan perangai  poyo-poyo Mario Balotelli tu macam sapo? Budak kelas aku rupanya, haha, tak la sama pon dorang ni, kalo ikut warna kulit, jauh panggang dari api, tapi iras de siket, hee, siket je tak banyak pon, orang kata air muka... hmm lebih kurang cam gitu lah, hee. 





Walaupun die ni belagak, tapi style gile. huhu.

Than actually aku rase die macam......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.









Muhsin tau nih, mati aku, haha, tapi Muhsin ko berganda lagi kacak. hik..hik...(ketawa kejam).