Friday 28 September 2012

AKU DENGAN KEJAHATAN

Mendapat tempat duduk sewaktu menaiki public transport seperti bus / train membuatkan mulut ku mengungkapkan syukur, "Alhamdullilah", adalah perkataan yang aku sebut berkali-kali apabila mendapat apa yang dihajati, seperti tempat duduk. 

Tapi.... aku jarang memberikan tempat duduk itu kepada yang memerlukan, buat masa ni aku rase belum lebih 10 kali aku berikan tempat duduk kepada orang yang lebih memerluan, adoi... golongan yang aku pernah membuat kebajikan adalah, mak cik india yang tua, kakak yang mengandung, kakak yang bawak banyak barang. Okey sebenarnya tak lebih dari 5 orang, teruknya kau SARAH. Bila aku tegok mak cik yang tua, aku pikir 'alo die larat je nak jalan jauh, mesti die larat nak berdiri' (tu kalo mak cik tu nampak muda siket), kalo mak cik tu nampak macam nenek-nenek, 'hmm, nak bagi tak bagi nak bagi tak bagi' itulah yang  berlegar difikiran; selama berpikir tu alih-alih dah ade orang bangun bagi tempat duduk dia kat nenek tu. Kalo budak kecik lak, bila aku tengok dorang berdiri, dalam hati berdetik, hmm tak pe lah, aku dulu kecik-keci pun tak dapat tempat duduk gak, kalo aku bagi, dorang tu bukan nak duduk elok-elok, aku paling tak suka tengok budak yang pijak kerusi, budak yang pakai kasut la, kalo tak pakai kasut, aku tak kesah, mak bapak dorang ni tak pikir ke nanti tempat tu kotor, berdetik di hati nak je aku cabut kasut budak tu pastu lempar jauh-jauh (nampak sangat aku tak mencapai tahap kematangan yang sepatut nya berdasarkan umur ku kini)

Kalo nampak perempuan mengandung, aku memang bagun, bagi tempat duduk aku dekat die, memang tak sampai hati nak tegok die berdiri dengan membawa perut yang memboyot, aku pernah bagi sekali je kat orang mengandung, sebab sorang tu je lah yang pernah berdiri depan aku waktu aku tengah duduk, buat masa ni warga OKU tak pernah lagi berdiri depan aku.Formula aku adalah, duduk ditempat yang terselindung dan jauh, so memang susah orang-orang yang memerlukan nak sampai ke tempat aku tu, contoh nya, duduk di tengah-tengah train, duduk bahagian dalam kalo dalam bus atau train, so susah nak keluar kan, orang yang duduk tepi aku tu lah yang kena bagun, kalau tak nak rasa bersalah tengok orang yang memerlukan, buat-buat tido, or paksa ur self to sleep haha, teruk nya pemikiran warga kota macam aku ni. 

Okey lah ape-ape pun aku sebenarnay berazam untuk jadi hamba Allah yang suci hati nya, yang pemurah, (kalau kasi tu kena iklas, tak iklas tak guna lah)

sekian, jadikan pengajaran kesah ku ini, jangan korang buat benda yang sama pula, haha.

Friday 14 September 2012

MUZIUM TEKSTIL NEGARA YANG BEST.

26 Julai 2012



Hari ni aku dengan Izzah pergi ke KL untuk membuat Kad Rapid Pelajar,  di stesen Putra Pasar Seni. Lama jugak menunggu kawan baik datang, tak sampai-sampai. Bila ditanya "Jab lagi Izzah sampai.". Penantian  di isi dengan membaca buku Komik Doremon. Sedang asyik menghayati jalan cerita, suara sayup-sayup kedengaran, " Sarah..... Sorry....Lama ke tunggu?".

Di Stesen Putra Pasar Seni,

Kami berdua, mengisi borang untuk membeli Kad Rapid Pelajar. Banyak jugak dokument yang diperlukan, antaranya, salinan IC, Kad Pelajar ( bercop universiti/fakulti).  Setiap penggunaan Kad Rapid Pelajar, akan mendapat discount 50%.Tapi ada kemusykilan menjengah di benak fikiran kami, 'Boleh ke kad ni digunakan di Stesen  KTM?' Kemusykilan kami terjawab setelah akak di kaunter menerangkan  "Tak boleh guna untuk KTM, kad ni memang dah set tuk Rapid je, kalau yang RM50 boleh guna untuk bus Rapid sahaja, kalau RM100 leh guna untuk Putra, LRT, Monorail, & Bus Rapid" .Setelah kami melakukan pengiraan, kad tu tidak berbaloi sama sekali, kami hanya dapat menggunakan kad itu untuk menaiki Putra,  kos kad tersebut melebihi jumlah yang perlu kami guna. TAK BERBALOI OKEY. Rase, macam tak ada motif je bersusah selama ini untuk Kad Rapid Pelajar tu.  uhuk.

Izzah bertanya, "Nak pergi mana ni Sarah", Aku jawab, "Jom pergi pejabat POS, kita nak kuar duit ASB", Izzah  "okey jom kita cari pejabat POS, Sarah tanyalah kat Pak Cik tu mana pejabat POS" aku jawab "Tak nak lah Izzah tanya lah" pastu Izzah senyap, aku menunjukkan jari telunjuk ke arah Pejabat POS diseberang jalan, besar gabak Pejabat POS tersebut. Sebab tu, aku tak nak tanya dekat Pak Cik,  Izzah gelak sebab dah malu..hee...

Di pejabat POS,

Aku mengeluarkan duit ASB, Izzah pula mencari pelan insurance, beliau  teruja kerana pejabat POS ade jual insurance,lalu beliau memilih untuk membeli insurance 1 Malaysia yang berharga RM11,  Perlindungan selama setahun, tak perlu bayar bulan-bulan.

Di Daya Bumi,

Aku mengajak Izzah pergi ke Daya Bumi, nak jalan-jalan. Tak sangka terjumpa Muzium Tekstil Negara.  Aku bertanya kepda encik di kaunter, "Berapa kena bayar masuk?", jawapan yang diberikan membuat aku tersenyum riang "Percuma dik, cuma tulis nama di dalam buku pelawat ini".

Muzium ini menarik,  PERCUMA!!.  Decoration menarik, & boleh tangkap gambar. Paling aku  suka tempat ini tak de orang, kami berdua je, dan sepasang orang putih, tapi itu je la tetamu yang kami tersempak, sepanjang pejelajahan kami, sunyi......(nada teruja)

Di sini nak di sharekan gambar di Muzium tersebut.

Di belakang inilah terletaknya Muzim Tekstil Negara.
Jom Masuk:

Izzah Hayati
Aras bawah:

Izzah kusyuk betul .(nada tertanya-tanya)

Vintage kan? LIKE

Rasa macam berada di kampung, antique.

Cantik betul karpet-karpet yang dipamerkan.


Banyak poter-poster berkaitan dengan sejarah tekstil.

Izzah & Patung. Siapa terhebat? 

Aku yang jakun, nak tangkap gambar dengan semua benda. Uhuk.
Cerianya budak nih.
Di tangga.
 Aras Atas:

Gaya patah tangan. 
Keris & Pedang.

 Kalo pakai gelang cam gini. Boleh patah lagi sekali tangan aku ni. hee

Berseri betul muka aku.
Beranda:

Izzah membetulkan apa yang patut, huhu.

Dekat sini dapat lihat view yang cantik, kalo datang sini, jangan lupa naik ke tingkat atas ye.

Pintu Misteri.


Comel kan kawan saya ni.


bye bye (=

P/S: Ramai-ramai bagi sokongan dekat Muzium ni okey. Senang nak datang sini, naik train Putra (turun Pasar Seni), Naik LRT (turun Masjid Jamek), naik KTM (turun Kuala Lumpur). dekat dengan Dataran.Waktu lawatan 9 pagi-6 petang.