Friday 27 April 2012

MEATBALL IKEA

25 April 2012

Hari ni adik kesayangan (macam ade adik lain) ajak makan meatball Ikea. perkara ni memang sudah di idam-idam kan sejak sekian lama. Ramai da memuji kesedapan meatball tersebut, dengan aku-aku sekali terlibat ke dalam kancah kebatakkan tersebut (ayat tak boleh nak lagi pelik). Untung la Azri boyfriendnya si adik aku berbesar hati membawa kami ke Ikea. Tidak kempunanlah aku kan.  Sos dia sedap sangat, sekali makan mesti nak rasa lagi. Nikmati kelazatan meatball dengan melihat gambar di bawah. huhu

Bendera comel
Air Lipton Ice Tea yang dibeli di vending machine.
Boleh makan dengan jem yang sedap sangat, mula-mula ingat
warna merah tu sos.
Yang belakang 10 biji, yang depan 20 biji.
Untung beli yang depan dapat jimat RM4. huhu
Azri yang dinyatakan dalam cerita di atas.
Wah terima kasih yang tak terhingga akak ucapkan kepada uoallss..  XOXO.


*Coretan seorang gadis yang kebatakkan. 

MOM YOU ARE MY SUNSHINE

28 April 2012

Hari ni keluar bersama Yo ke Jusco. Yo nak cari kasut baru, sebab kasut futsal dia hilang. Tak tau siapa amik, tapi Yo kate dia menyesal sangat letak kasut tu kat luar rumah. Hmm, berhati-hatilah, pencuri ni bukan curi duit je, tapi kasut orang pun dorang rembat juga. Apabila selesai survey kasut (survey je dulu) tegok de tak yang berkenan (tetapi tak de pun) huhu. Aku mengajak yo menulis memo kepada ibu kiteorang, pada mulanya Yo menolak kerana die agak segan untuk menulis memo tersebut (tah hape-hape segan pula) tetapi apabila di desak oleh aku yang gangster ni (bajet) Yo pun bersetuju menulis memo tersebut. 

Memo tersebut ditujukan untuk ibu kami tersayang. Memandangkan hari ibu yang bakal menjelma, Jusco membuat acara seperti menulis memo, untuk memeriahkan sambutan tersebut. Di samping itu kite dapat meluahkan rasa sayang kita terhadap ibu dan berkongsi perasaan itu dengan ribuan pengunjung yang hadir. Saya Sayang Mak Saya. -sarah- Lots of Love.

Nampak tak apa aku tulis?
Yo yang sedang kusyuk mengikat memo di ranting poko tersebut.
Pokok yang comel.
Kalo pergi Jusco, tuliskanlah memo ini untuk ibu kalian, walaupun beliau tidak mengetahuinya, tetapi ini dapat membuktikan bahawa anda mengigati ibu anda di mana saja anda berada.


Wednesday 25 April 2012

JURUCAMERA YANG TAK BERTAULIAH

Saja nak share gambar yang aku tangkap menggunakan camera DSLR Canon Izzah Hayati. Gambar dipilih berdasarkan ke STYLOan gambar tersebut, teknik kabur-kabur belakang di aplikasikan sepenuhnya. Sudi-sudikan lah untuk menegoknya bersama-sama. Lots of Love. In Memory 20 / 21st April 2012.









Nak share gak la satu gambar yang Ikwan tangkapkan tuk aku, tapi tak berapa nak Style just Cute-cute je. huhu


Sekian terima kasih kepada kamu-kamu semua, kerana sudi scroll sampai bawah. Huhu

BERMESRA BERSAMA ANAK ORANG ASLI

21 April 2012

Sejurus selesai membesrsihkan diri selepas 6 jam berjalan di dalam hutan, dan makan masakan mak cik yang ditempah khas oleh ida, kami semua, peserta Program Mesra Etnik bersiap sedia untuk acara Team Building pada pukul 3 tegah hari. 

Antara anak kecil yang hadir.
Acara dimulakan dengan tarian chicken dance. Kelihatan anak kecil amat gembira menarikan tarian tersebut bersama-sama kami. 
Izzah yang bersemangat.
Selepas itu, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan, setiap kumpulan terdiri dari 5 anak kecil dan 2 pelajar (iaitu kami) tetapi terdapat sebuah group yang mempunyai 4 pelajar. Tugas pertama adalah untuk mereka sesuatu yang kreatif menggunakan surat khabar lama, yang menjadikan acara lebih menarik kerana adik-adik kecil juga membantu untuk menyiapkan pakaian tersebut dan menjadikannya lebih style.

Kumpulan Fariz, Saba, Nabilah & Syida.
Kumpulan Teha & Izma. Comelkan.
Anoi yang bertungkus lumus menyiapkan pakaian.
Baju rekaan Aku & Izzah yang kelihatan agak pelik.

Acara pertama dimenagi oleh kumpulan Whatever, iaitu kumpulan Anoi & Sima. Tahniah diucapkan.

Selepas itu acara diteruskan lagi dengan pertandingan cheerleading. Kami diminta untuk mereka satu persembahan, berdasarkan nama kumpulan. Kumpulan Aku & Izzah bernama "SEMPOI". konon-kononnya sempoi lah kan. huhu.

Sebut ramai-ramai.... SEMPOI....( than don't forget tu make a cute face and angkat ur kaki) huhu.
Bergambar bersama kumpulan SEMPOI..
Firdaus & Syaiful yang hyper dalam group SEMPOI
Walaupun pada asalnya amat kekok untuk berbicara dengan adik-adik, tapi apabila program sudah sampai ke penghujungnya agak sedih rasanya. Maaf jika ada membuatkan adik-adik terasa hati, tidak terniat untuk menyakiti hati sesiapa. Peace no war ( tak de kaitan) huhu.

Selepas habis Team Building, kami terus kan dengan acara penutup. Sewaktu acara penutup kumpulan Aku & Izzah memenagi tempat ke-2 untuk acara cheerleading. Bangga sungguh rasanya. Acara diteruskan lagi dengan sesi menangkap gambar kelas. Ia amat menarik, ramai yang mahu bergambar bersama-sama kami, termasuk anak kecil dan warga kampung.


Akhir kata: Terima Kasih semua.

PENGALAMAN DI KG ULU KELAKA, JELEBU, N9.

Banyak pengalaman yang dikutip sepanjang berada di Kg Ulu Kelaka, Jelebu, Negeri Sembilan.

1. Pengalaman di kejar anjing.

Antara pengalaman yang paling tak dapat dilupakan ialah apabila kami dikejar anjing. Untuk pegetahuan, ramai penduduk Kg Klaka membela anjing peliharaan. Aku, Alin, Izzah, Lisha dan Saba dipertanggungjawabkan untuk mengajak warga kampung untuk hadir ke majlis perasmiaan program kami pada malam kejadian iaitu bersamaan 20 haribulan April tahun 2012. 

Kami megetuk pintu rumah orang kampung. Di sebuah rumah, ada seorang budak kecil ingin menemankan kami sehingga ke dewan. Apabila terlihat anjing aku dengan rakan-rakan memberikan riaksi kaget. Adik tersebut menasihati kami supaya tidak takut dengan berkata "tak payah takot, dia tak kejar orang". Sesampai di sebuah rumah yang mempunyai anjing, tiba-tiba anjing peliharaan tersebuat memberikan riaksi marah dan menyalak dengan kuat, dia megejar kami semua. Kami semua menyerbu masuk kerumah penduduk yang berdekatan. Ada antara kami yang memanjat kerusi tuan rumah, moto di perkarangan rumah hampir terjatuh disebabkan oleh kami. 

Tuan rumah amat terkejut dengan tindakkan kami, beliau bertanya kenapa, kami menjawab " ada anjing kejar" semua menunjukkan muka yang kaget dan pucat lesi, sekiranya pada waktu itu ditorehkan pisau ke muka kami, pasti tidak akan berdarah. Tuan rumah amat memahami situasi kami, dan memaafkan kami semua. Rasa bersalah menjengah ke lubuk hati kami. Kami dinasihatkan supaya tidak menunjukkan riaksi cuak atau takut, dan kami juga dihalang untuk berlari sewaktu terlihat anjing. 

Kami semua memandang ke arah adik yang menasihatkan kami tadi. Amboi nasihat pandai, last-last dia yang lari masuk umah orang dulu. Kakak-kakak yang penakut ni pon follow same. Adoi...hai.. Sayang seribu kali sayang (tak de kena megena) huhu.

Antara anjing yang di bela penduduk.
Adik yang dinyatakan dalam cerita di atas. 


2. Perkara Pelik bin Ajaib

Lihat gambar di bawah. Apa pendapat anda semua. Comelkan melihat kucing bergaduh gusti-gusti. Kami semua jua rasa teruja.


Lihat pula gambar ke dua. Hurm terkejut kami semua. Tetapi rasa amat kagum. Mereka ni da macam kawan-kawan da. Cute sangat. Faris berkata " tak boleh la nak pegang kucing tu lepas ni". Unik betullah.


3. Tidur Surau Tinggal.


Best juga tidur di surau ini. Ingatkan surau tinggal yang bagaimana, kosong tak de ape-ape, rupenya salah angapanku. Surau ni banyak sejadah, al-quran dan tempat alas kitab. Bilik air selesa. Tapi cuma tandas terlalu ketepi, sekiranya ingin buang air besa, harus bersandar ke dinding. Bilik airnya besih juga.

Ahkir sekali aku kongsikan sedikit pemandangan kampung ysng indah ini.


Cantikkan. Bersih je. Banyak bendera Barisan Nasional pulak tu (tak de kaitan) huhu.

PENGORBANAN SEORANG RAKAN

Di sini aku ingin berkongsi rase terharu aku terhadap mereka-mereka di bawah. Ini semua disebabkan oleh sumbangan mereka terhadap aku dan kami semua yang terlibat di dalam Program Mesra Etnik. Pegorbanan yang dilakukan tidak dapat dibalas dengan wang ringgit, sebab ia lebih bernilai dari itu. 

1. Teha


Banyak pengorbanan yang Teha lakukan, lebih-lebih lagi terhadap aku. Tengok saja gambar di atas. Teha amat mengambil berat kebajikan kami semua. Pada waktu ini aku lelah dan terasa ingin pengsan, Teha memberikan semangat, dia menyuruh aku bersandar di pokok, apabila aku merasa sedikit pulih barulah aku kembali meneruskan perjalanan. Paling Terharu kerana Teha menunggu aku sehingga aku pulih. 

Teha juga menolong membawakan beg aku yang berat. Aku amat menyesal kerana membawa air botol 100plus yang besar. Aku tidak larat membawanya, lebih-lebih lagi sewaktu melakukan pendakian, terasa ingin saja mencampakkan beg tersebut ke dalam gaung yang bersebelahan. Teha membawakan beg aku selama 2 jam lebih. Aku amat terharu, bile aku ingin mengambil kembali beg itu, Teha berkata "tak apa sara, jalan je, tak berat pon.." Teha juga turut mengukir senyuman yang iklas, terasa seperti air panas membasahi pipi, terharu tak terkata. Terima Kasih Teha..

 2. Kak Siti

Kak Siti adalah salah seorang pengiring kami, beliau adalah penduduk Kampung Ulu Kelaka, Jelebu, Negeri Sembilan. Kak Siti banyak membantu aku ketika di dalam hutan. Kak Siti juga tolong membawakkan beg aku yang berat. Kami bergilir-gilir membawa beg aku yang berat itu, apabila memerlukan pendakian, atau menuruni jalan yang licin, kak Siti yang bawakan beg tersebut.

Perjalanan pulang ke kampung Ulu Kelaka amat mencabar, banyak kayu reput, paip air yang licin, lubang yang besar, berjalan di lereng bukit yang curam, licin dan membahayakan. Kak Siti memimpin tanganku sepanjang perjalanan di lereng tersebut. Tanpa kak Siti aku mungkin tidak dapat berkongsi cerita di dalam blogku ini.  Aku amat terkilan kerana tidak berjumpa kak Siti selepas acara penutup, aku ingin memberikan sedikit sumbangan kepada kak Siti kerana banyak berkorban untukku. Terima Kasih kak Siti.

3. Abe

Abe adalah lelaki yang paling baik sepanjang Program berlangsung. Abe banyak berkorban untuk semua orang. Abe membuatkan kami semua terharu dengan ke gentlemen nya dia. Aku tidak dapat membayangkan pengorbanan tersebut dilakukan oleh lelaki lain. 

Abe membawa beg sandar belakang, Ketika hujan renyai, Abe membawa kamera DSLR Izzah yang berat di dalam begnya itu, beg Abe kelihatan sungguh berat, bukan sahaja camera yang dibawanya, jika tidak salah Abe juga tolong membawakan kotak first aid yang berat. Terima Kasih Abe.


Ini adalah kasut Abe. Salah seorang rakan kami mengalami kerosakkan tapak kasut tercabut. Abe dengan lapang hati memberikan kasutnya itu kepada rakan kami. Selepas memberikan kasutnya itu kepada rakan kami, Abe meneruskan perjalanan dengan berkaki ayam selama 2 jam lebih. Abe melalui ranting-ranting kayu yang tajam, jalan yang licin, cerun yang berbahaya tanpa kasut. Terharu sungguh aku melihat pengorbanan Abe itu, walaupun bukan untuk aku. Beruntunglah siapa yang menjadi suri dihati Abe, pengorbanan Abe bukan kepada buah hatinya, tetapi kepada rakannya. Ini baru rakan, kalo girlfriend or isteri mesti lebih lagikan. huhu. 

3. Sima


Sima banyak berkorban sepanjang Program berlangsung, dari malam perasmian, sehingga acara penutup Sima tidak henti-henti mengulurkan sumbangan. Di sebabkan rumah Sima di Negeri Sembilan, Sima menawarkan diri untuk membawa kereta. Sima juga bertungkus lumus untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar. Terima Kasih Sima.

Selepas ini, cerita "Team Building bersama anak orang asli" dan juga "Perkara yang tak dapat dilupakan sepanjang berada di Kampung Ulu Kelaka, Jelebu, Negeri Sembilan.

Monday 23 April 2012

CABARAN JUNGLE TRACKING

21 April 2012

Setiap perkara mesti ada cabarannya, tak kire sekecil semut atau sebesar gajah. Jungle Tracking memberikan banyak kenangan indah dan juga pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Ini merupakan pegalaman pertamaku meneroka hutan tebal yang mencabar. Seperti yang aku nyatakan di dalam post sebelum ini, aku tidak melakukan sebarang persediaan untuk menjadikan badan aktif dan berstamina. Kesannya terasa, selepas suku perjalanan di dalam hutan, aku sesak nafas dan terasa ingin pitam. Pada mulanya, aku mengikuti kumpulan pertama, tetapi kumpulan pertama amat pantas. Aku tidak dapat megejar dengan keadaan badan yang lemah. 

Aku meneruskan perjalanan selepas mendapat sokongan daripada Ketua Progam yang amat baik hati, iaitu TEHA. Aku mengikuti kumpulan ke-2. Kumpulan ke-2 tidak sepantas kumpulan pertama. Sepanjang perjalanan, aku gusar sekiranya perkara seperti tadi berulang kembali, aku mengambil inisatif untuk tidak berjalan terlalu laju, dan tidak mendongakkan kepala, aku selalu memandang ke tanah, ia dapat megurangkan rase penat sewaktu mendaki laluan berliku.  

Pacat menghinggap kaki tidak terkira banyaknya. Ade beberapa ekor yang jatuh sendiri selepas kekeyangan menhisap darahku. Bukan aku saja mangsanya, tetapi kami semua. Ada pacat yang naik sehingga ke pusat kawanku. Apabila ditarik, darah memancut-mancut keluar, tidak berhenti. Ada segerombolan pacat dikaki Izzah, menghisap darah dengan penuh nikmat, sehingga Izzah merasa sakit tidak terkata. 

Dahan /  halangan yang dilanggar ramai orang. Ada yang terjatuh kerana melanggarnya.
Sesi membuang Pacat, sakit dan menggelikan.
Alin disengat penyegat kerana terlanggar sarang penyengat tersebut.
Lubang yang membuatkan Ikwan terjatuh.
Tapak kasut ILYA hampir tercabut. 
Izma yang berstokin kerana kerosakkan kasut. Izma berjalan menggunakkan stokin selama 2 jam
 lebih, di dalam hutan yang tebal dan banyak ancaman. Izma seorang wanita hebat.

Cabaran paling dirasai sewaktu melalui lereng bukit yang curam, licin, dan menyeramkan. Hujan pula renyai-renyai. Banyak perkara yang terlintas difikiran, adakah aku dapat pulang dengan selamat atau pun tidak. Alhamdullilah aku selamat. Syukur ke hadrat Ilahi.

HUTAN YANG MENYERAMKAN

21 April 2012

Hari yang dinanti-nanti menjelma jua akhirnya. Perasaan membuak-buak ingin meneroka keindahan alam semesta. Walaupun teruja, tetapi terselit jua perasaan risau. Tiada persiapan rapi yang aku lakukan untuk mempersiapkan diri menjadi lebih berstamina. 

Program pertama adalah Jungle Tracking, kami semua akan dibawa melawat hutan tebal, yang selalu di lalui oleh orang asli. Selepas selesai makan nasi lemak dengan minum air tea o, kami melakukan aktiviti regangan untuk mengelakkan otot-otot menjadi kekejangan.Selepas selesai meregangkan badan kami diberi sedikit taklimat tentang, 'Do and Don't'. Contohnya jika ingin membuang air kecil, hendaklah meminta izin dulu, tidak boleh terlalu berseronok di dalam hutan, tidak boleh berpecah dari kumpulan dll. 

Apa yang merisaukan kami diberi peringatan tentang Pacat yang akan menyerang. Dengan sarung kaki yang pendek membuatkan aku risau, melihat rakan-rakan seangkatan yang memakai sarung kaki panjang dan meletakkan sarung kaki berlapis dengan seluar membuatkan aku menjadi lebih risau. Terbayang mereka akan selamat manakala aku tidak. Hanya doa yang menjadi penguat diri.

Perjalanan masuk ke dalam hutan tebal.

Memimpin ILYA, membantu satu sama lain. Betul-betul team building.

Check point pertama. Alhamdullilah.

Di Jambatan.
Mandi air sungai, dingin airnya. Kerana tidak mahu basah, aku hanya merendamkan kaki.
Akhirnya sampai kembali ke Kampung Kelako, Negeri Sembilan.
Perjalanan mengambil masa selama 6 jam. Ini merupakan perjalanan yang jauh dan sangat mencabar. Ia bukanlah jalan yang rata, memerlukan pendakian. Badan terasa amat letih. Kaki seperti tidak berpijak di atas tanah. Rasa amat gembira kerana berjaya menyelesaikannya. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Selepas ini, sambungan cabaran dan pegorbanan sepanjang Program Jungle Tracking.

Bersambung....