21 April 2012
Sejurus selesai membesrsihkan diri selepas 6 jam berjalan di dalam hutan, dan makan masakan mak cik yang ditempah khas oleh ida, kami semua, peserta Program Mesra Etnik bersiap sedia untuk acara Team Building pada pukul 3 tegah hari.
|
Antara anak kecil yang hadir. |
Acara dimulakan dengan tarian chicken dance. Kelihatan anak kecil amat gembira menarikan tarian tersebut bersama-sama kami.
|
Izzah yang bersemangat. |
Selepas itu, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan, setiap kumpulan terdiri dari 5 anak kecil dan 2 pelajar (iaitu kami) tetapi terdapat sebuah group yang mempunyai 4 pelajar. Tugas pertama adalah untuk mereka sesuatu yang kreatif menggunakan surat khabar lama, yang menjadikan acara lebih menarik kerana adik-adik kecil juga membantu untuk menyiapkan pakaian tersebut dan menjadikannya lebih style.
|
Kumpulan Fariz, Saba, Nabilah & Syida. |
|
Kumpulan Teha & Izma. Comelkan. |
|
Anoi yang bertungkus lumus menyiapkan pakaian. |
|
Baju rekaan Aku & Izzah yang kelihatan agak pelik. |
Acara pertama dimenagi oleh kumpulan
Whatever, iaitu kumpulan Anoi & Sima. Tahniah diucapkan.
Selepas itu acara diteruskan lagi dengan pertandingan cheerleading. Kami diminta untuk mereka satu persembahan, berdasarkan nama kumpulan. Kumpulan Aku & Izzah bernama "SEMPOI". konon-kononnya sempoi lah kan. huhu.
|
Sebut ramai-ramai.... SEMPOI....( than don't forget tu make a cute face and angkat ur kaki) huhu. |
|
Bergambar bersama kumpulan SEMPOI.. |
|
Firdaus & Syaiful yang hyper dalam group SEMPOI |
Walaupun pada asalnya amat kekok untuk berbicara dengan adik-adik, tapi apabila program sudah sampai ke penghujungnya agak sedih rasanya. Maaf jika ada membuatkan adik-adik terasa hati, tidak terniat untuk menyakiti hati sesiapa. Peace no war ( tak de kaitan) huhu.
Selepas habis Team Building, kami terus kan dengan acara penutup. Sewaktu acara penutup kumpulan Aku & Izzah memenagi tempat ke-2 untuk acara cheerleading. Bangga sungguh rasanya. Acara diteruskan lagi dengan sesi menangkap gambar kelas. Ia amat menarik, ramai yang mahu bergambar bersama-sama kami, termasuk anak kecil dan warga kampung.
Akhir kata: Terima Kasih semua.
1 comment:
Gambar yang sangat jelas...
Post a Comment