Wednesday 25 April 2012

PENGALAMAN DI KG ULU KELAKA, JELEBU, N9.

Banyak pengalaman yang dikutip sepanjang berada di Kg Ulu Kelaka, Jelebu, Negeri Sembilan.

1. Pengalaman di kejar anjing.

Antara pengalaman yang paling tak dapat dilupakan ialah apabila kami dikejar anjing. Untuk pegetahuan, ramai penduduk Kg Klaka membela anjing peliharaan. Aku, Alin, Izzah, Lisha dan Saba dipertanggungjawabkan untuk mengajak warga kampung untuk hadir ke majlis perasmiaan program kami pada malam kejadian iaitu bersamaan 20 haribulan April tahun 2012. 

Kami megetuk pintu rumah orang kampung. Di sebuah rumah, ada seorang budak kecil ingin menemankan kami sehingga ke dewan. Apabila terlihat anjing aku dengan rakan-rakan memberikan riaksi kaget. Adik tersebut menasihati kami supaya tidak takut dengan berkata "tak payah takot, dia tak kejar orang". Sesampai di sebuah rumah yang mempunyai anjing, tiba-tiba anjing peliharaan tersebuat memberikan riaksi marah dan menyalak dengan kuat, dia megejar kami semua. Kami semua menyerbu masuk kerumah penduduk yang berdekatan. Ada antara kami yang memanjat kerusi tuan rumah, moto di perkarangan rumah hampir terjatuh disebabkan oleh kami. 

Tuan rumah amat terkejut dengan tindakkan kami, beliau bertanya kenapa, kami menjawab " ada anjing kejar" semua menunjukkan muka yang kaget dan pucat lesi, sekiranya pada waktu itu ditorehkan pisau ke muka kami, pasti tidak akan berdarah. Tuan rumah amat memahami situasi kami, dan memaafkan kami semua. Rasa bersalah menjengah ke lubuk hati kami. Kami dinasihatkan supaya tidak menunjukkan riaksi cuak atau takut, dan kami juga dihalang untuk berlari sewaktu terlihat anjing. 

Kami semua memandang ke arah adik yang menasihatkan kami tadi. Amboi nasihat pandai, last-last dia yang lari masuk umah orang dulu. Kakak-kakak yang penakut ni pon follow same. Adoi...hai.. Sayang seribu kali sayang (tak de kena megena) huhu.

Antara anjing yang di bela penduduk.
Adik yang dinyatakan dalam cerita di atas. 


2. Perkara Pelik bin Ajaib

Lihat gambar di bawah. Apa pendapat anda semua. Comelkan melihat kucing bergaduh gusti-gusti. Kami semua jua rasa teruja.


Lihat pula gambar ke dua. Hurm terkejut kami semua. Tetapi rasa amat kagum. Mereka ni da macam kawan-kawan da. Cute sangat. Faris berkata " tak boleh la nak pegang kucing tu lepas ni". Unik betullah.


3. Tidur Surau Tinggal.


Best juga tidur di surau ini. Ingatkan surau tinggal yang bagaimana, kosong tak de ape-ape, rupenya salah angapanku. Surau ni banyak sejadah, al-quran dan tempat alas kitab. Bilik air selesa. Tapi cuma tandas terlalu ketepi, sekiranya ingin buang air besa, harus bersandar ke dinding. Bilik airnya besih juga.

Ahkir sekali aku kongsikan sedikit pemandangan kampung ysng indah ini.


Cantikkan. Bersih je. Banyak bendera Barisan Nasional pulak tu (tak de kaitan) huhu.

No comments: