Monday 28 May 2012

LADANG TEA BOH, CAMERON HIGHLAND

20 MAY 2012
Ahad

Hari terakhir di Cameron Highland, pejam celik-pejam celik da 3 hari 2 malam da, terasa masa berlalu terlalu pantas la pula, cuaca yang sejuk dingin membuatkan suke sangat berada di Cameron Highland.

Destinasi terakhir adalah ke Ladang Tea Boh. Seronoknya di sini kita dapat melihat cara pemperosesan tea dengan lebih dekat lagi, tengok mesin pengisar tea, pengasing tea dengan hampas, pembakaran tea, dan lain-lain. Baru tau tea ada grad-gradnya, tea dalam uncang merupakan grad 5, sebab ia cume terkandung habuk-habuk tea je, tea yang baik adalah tea dalam keadaan kasar. 

Tea Boh tidak mengandungi pewarna, berbeza dengan tea Lipton, Lipton mempunyai pewarna yang amat pekat, Lipton tidak mempunyai ladang tea mereka sendiri, mereka mengimport tea dari seluruh dunia, Lipton juga terkenal dengan warna kuning, wah tapi aku paling suke tea Lipton, macam mana nih, hik.

Ada cara bagaimana mahu membezakan tea itu mengandungi perwarna, amik sample tea Boh dan Lipton, rendamkan dalam air, warna coklat menunjukkan ia memang warna asal, manakala warna kuning membuktikan ia mengandungi bahan perwarna yang kuat. Ayoyo...

Lupe nak bagi tau, yang tak best nya waktu pergi sini, tak dapat nak masuk ladang tea nya, sebab di serang ular, kalo nak masuk tanggung sendiri risikonya. huhu

Di kedai tea Boh, kat sini boleh beli tea grad 1.

Tea pot yang unique. 

Dari belakang, Ilya, Alin, Teha, Izzah & Nabila (susun ikut ketinggian)
Tiga-tiga pon nak tangkap gambar position yang sama, huhu.
Dari kiri: Sarah, Izzah & Alin
Sabariah.
Alin..XOXO
Zayn Malik or Bruno Mars ?
Love me love me say that you love me. (Justin Bieber) 
Curi gambar dari Alin.
Jom balik..Baru dapat hidayah nak pulang ke pangkal jalan. huhu
The End..

MALAM DI CAMERON HIGHLAND

2 a.m

Malam ni, Sima, Aku, Teha, Lisha, Alin kuar amik angin malam. Seronok betul aku bile dapat kuarkan asap sejuk dari mulut, sebab buat-buat tak jadi, Sima pon da tension ajar banyak kali, Alhamdullilah berjaya akhirnya. Huh tak leh bla aku ni nak syukur benda pelik-pelik, hik hik..(ketawa itik).

Dapat letak gambar ni je, sebab kami sume ayu sangat malam kejadian, huk huk..
Sambungan Ladang Tea BOH..

STEAMBOAT PANAS, YANG MEYELERAKAN

19 May 2012
Sabtu
8pm

Selepas selesai solat magrib, semua di minta berkumpul di bawah apartment. Tak sabar rasenya nak pergi makan Steamboat, tapi rase  dah keyang siket, sebab menggatal beli banyak makanan waktu dekat Pasar petang tadi. huhu

Apabila makan Steamboat ni ramai-ramai ia menjadi lebih sedap, sifat penyanyang Sima terzahir waktu ini, Ini kerana Sima menyendukkan makanan untuk kami (Aku, Izzah, Alin, Anoi, & Lisha). Sweet sangat, Sima sendukkan untuk kami sehingga dia lambat makan. Terima Kasih yang amat diucapkan kepada Sima Syuhadah.

Nak share, satu gambar dekat Pasar,

Sarang lebah, sedap, tapi manis sangat,
kalo dah abis isap buang hapasnya ye.

Makan time, Steamboat yang sedap, Yummy....

Ni lah menunya.. Like..Like..
Muka bahagia...
Muka da malas nak layan aku
yang asyik nak tangkap gambaar sume orang, hik..hik..
Abe ni ade ciri master chef lah. LOL
Apabila pulang ke apartment.

Muhsin dan skaf baru Lisha, Cian Lisha tak sempat nak rasmikan dulu, huk huk
Masyih orang tu sebab bagi pinjam baju sweater nih. huhu.


Sambungan kuar 2 pagi, sebab nak amik angin sejuk kat Luar. 

BEE FARM CAMERON HIGHLAND

19 May 2012
Sabtu
4.10

Selepas enjoy bergambar sakan di Butterfly Garden, kami meneruskan perjalanan ke Bee Farm, dekat je ngan Butterfly Garden, ni pon tak de dalam tentatif. Tapi seronok lah, boleh tengok macam ne lebah ni berusaha untuk dapatkan madu, comel sangat. Tapi sebarang kecedraan tanggung sendiri ( kate pemilik). Takot gak ar bile da baca cam gitu. Tapi perjalanan tetap diteruskan, yang lain letak tepi, huk huk.

Masuk percuma, jangan lepaskan peluang yang baik ini.
Sima ayu nya, persis Wanita Melayu Terakhir.
Bee Farm.
Sesi bermain buih sabun, pembelian Izzah Hayati.
Saat kegembiraan.
Saat kesedihan, entah macam ne boleh tertumpah. Sayang tul da la RM3, huk huk.
Menikmati panorama Alam Semesta:

Ikhwan terpaku dengan keindahan alam, manakala
Faris pula tekanan aku tangkaap gambar dia, hik hik.
Our Lecturer Dr Maznah
Credit to Fariz sebab tangkap gambar nih, walaupun kabur.
Izzah sesi bershopping Oren.
Izzah dah penat la tu.. huk huk.
 (Atau kesedihan masih menyelubungi diri selepas tertumpah air buih sabun) sabar...sabar..
Ida menikmati candy beliau. Sambil termenung, LOL
Aaaaa...........Nyum......nyum...
Ikwan & Sabariah.
Sempat posing aksi comel mereka nih, huhu
Izma & Syida
Abg Din yang bertanggungjawap,
Happy sangat sebab Abg Din follow kiteorng pergi Cameron nih.
Aku dengan buih sabun Alin.
Sima pon nak tangkap gambar angkat kain macam selalu aku wat. Tomel je...
Muke pelik yang sempat di buat sebelum pulang ke pangkal jalan, hik hik..

Sambungan Steamboat Di Cameron Highland.

APA YANG ADA DI BUTTERFLY GARDEN

19 May 2012, Sabtu

Seronok tangkap gambar serangga dan haiwan yang berada di sini. Lebih-lebih lagi menggunakan camera DSLR Izzah Hayati, haha, nak ada camera sendiri entahkan bila, tumpang kasih je lah kat Izzah. Masyih comel.

Comel nya dia.

Rama-rama anggun.
Tak silap da umur 40thn da dia nih,
 cian tak sempat nak berehat, da kena nagat, tomel....
Pandai bersembunyi, ingat kan dorang letak daun sesaja dalam balang tu, hee.
Lipan yang ganas.
Comel, da la beso.
Cantiknya kamu..

Ade banyak lagi haiwan, ini cuma sebilangan, pergilah melawat mereka, selagi mereka masih ada, hik2, hape-hape tah aku mencarut.
                                                              
  Sambungan kedai di Butterfly Garden.

BUTTERFLY GARDEN, CAMERON HIGHLAND

19 May 2012
Sabtu
3pm

Selepas selesai makan tegah hari yang yummy, Abg Din dah panggil turun bawah. Destinasi seterusnya adalah ke Butterfly Garden, ni sebenarnya tak de dalam tentatif, tapi pak cik bus kiteorang kan sweet, so die bawak je kiteorang ni berjalan-jalan. Seronok betul rasenya.

Hari ni baru tau tahap ketakutan Sabariah terhadap ular, serius ingatkan takut biasa, ni tengok ular dalam cermin kaca pun da menitik air mata, serius terkejut. Aku pon takot ular, tapi bajet-bajet macam selamat lah kononnya sebab ular tu dalam cermin kaca. haha, Wat nya ular tu kuar, aku yang pertama jerit tak kuar sore, terus pengsan dekat citu jugak. Sorry Sabariah gurau je..

Daripada pengalaman Izzah Hayati, Sabariah yang paling berani sewaktu menyewa bersama di Kedah, Sabariah tak takut serangga, Pacat pon pandang sebelah mata je, Sabariah juga amat penyayang terhadap haiwan kesayangan rasul kita (kucing), Sabariah geli ngan ular je huk huk. 

Sabariah ni sweet sangat. Antara rakan yang selalu bagi aku makanan. Aku nih da lah kuat makan. Ape-ape pon terima kasih Sabariah. Sayang kamu. (^_^).

Gambar sebelum bergerak ke Butterfly Garden:

Bersama Bus Sekolah yang Comel Lote.
Lompat-lompat, Lisha ajar kite lompat. 
Pak cik-pak cik 
Di Butterfly Garden:

Board.
Rama-rama cantik tapi banyak gak da meninggal kan bumi ini (Mati).
Rase nak dukung je tapi tak berani, ade budak kelas yang berani dukung. Hebat tul budak tu.
Serangga yang telah diawetkan.
STYLE.
Cantik-cantik kawan saya nih.
Abe ni tetibe lak ade.
Teha & Ilya yang berani pegang rama-rama tu,
aku bukan tak berani tapi dorang kate beracun ( alasan seorang penakut) hee
Suke gambar ni sebab nampak style.
Ni lah budak yang berani (Muhsin)

Alin sweet, Anoi pula concerned,  beruntung Sima. Huk2.
With Lisha yang Comel.
Lisha ni pandai bergayalah. Like...Like
Sume pandai bergaya, lelebih lagi Izzah berbaju belang, huhu.
Dah macam cover Album nih,
dengarnya Jinggo pandai Nyanyi. Betulkah? hak2
Gambar Paling disukai, & paling comel yang pernah aku tangkap.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tomel nya, rase bersalah tak mintak izin ayah dia
nak tangkap gambar dia yang tomel nih. huk2

Bersambung ke Bee Fram.