Friday 30 November 2012

CONVO SI DIA

28 November 2012
(Rabu)

Lama betul tak jumpe, 4 bulan dah. Gemok Yo sekarang ni, huhu. Tak pe lah, gemok-gemok pun aku sayang jugak, huhu. Hari ini convocation Yo. Tak sangka betul! Kalo tidak, boleh apply cuti, kebetulan pulak sama dengan convo Azri merangkap bf adik. Malam Rabu tu baru aku tau yang Yo convo esoknya, adoi nape lah Yo tak bagi tak tau dekat aku dari awal, nampak sangat Yo tak mo aku pergi, sebab dia kan penyegan, segan nak kenalkan kawan dia dekat aku, segan kalo parent dia nampak aku, tapi 'nasib baik waktu aku datang tu mak dia tengah cari bunga tuk dia, aku pun takot lagi nak jumpe dengan mak dia. Hee '. Nasib baik Supervisor kasi pergi jab Shah Alam, tapi kne ganti waktu lah. So dapat la nak bagi ole-ole dari Sabah dekat dia, and bole showoff camera pemberian Cik Mas, uhuk (poyo gile Sara ni) hee.

Gemok kan Yo. Aku rase ni semua adalah balasan, sebab dulu,
 die selalu cakap aku gemok. kahkahkah (ketawa kejam)
Rafiqi pun sama gak. Agaknya dorang ni senang hati sangat kowt. hee
Bersama dengan hadiah aku kasi. 
Selepas Yo didesak untuk pakai jubah. Ini barulah real. Bukti aku pergi konvo die. hee


Kawan Yo, Yo tunjukkan cangkuk dekat dia punya jubah.
 Yo siap tengok youtube kowt, macam mana nak pakai jubah. Kagum tul. Sekarang ni, semua di hujung jari. hee

Cantik, macam model, da la tinggi, walaupun rambut pendek tetap nampak menawan. huhu
Memang tabik ngan dia ni, sebab walaupun macam tu dia tetap dapat ANC.
Adik nak felling felling hee. Jauh adik konvo nanti, sebab buat kat Melaka. Harap-harap tak sama hari dengan aku punya konvo. Nanti kitaorang punya konvo sama, next year. Uhuk.
Ni Azri. Memang photogenic. Kagum aku. Aku rase sebab dia kurus,
itu buatkan gambar dia nampak Stylo je sumenya. Adoii.
Buju kuning kawan Adik, baju hitam kawan Azri.. Dua-dua cantik. Huhu. Tapi dorang bukan couple la.
Aku dengan Adik di hadapan Dewan Agong.
Azri & The Geng.
Tahniah semua..

p/s: Teknik edit kabur-kabur belakang ni macam pening. Huhu

Saturday 24 November 2012

DON'T JUDGE A BOOK BY IT COVER- (DOBU-DOBU)

24 November 2012

Lepas balik dari Masjid Jamek. Aku, Misah, Ira & Fad bercadang untuk tengok wayang dekat Mid Valley. Sesampainya di sana, sume cerita habis, tinggal mid night je. So kitaorang jalan-jalan cari makan, jumpe kedai Dobu-dobu (makanan Korea), macam sedap je, kitaorang semua terujalah nak try. Memang banyak menu menarik sampai rambang mata, tak tau nak makan ape, semua gambar nampak bergitu menyelerakan. 

Aku punya air yang nampak macam lemon tu, rupenya Halia, amik ko Sarah. Uhuk-uhuk. Mencabar nak abiskan. 
Makanan Ira sampai dulu. Rase bende ni macam kuey teow. Kalo makan banyak macam muak siket. Tapi tengok Ira makan laju je, k la tu, kena dengan tekak Ira. Huhu.
Ni Fad punya. Dia yang tak banyak complain. Dia suka la tu, huhu. 
Ni akunya, nasi tu tak sedap, nasi tuk org nak kurus, touge tu pun tak sedap, disebabkn aku selalu habiskn benda tak sedap dulu, tetiba terkenyang la pulak, adoi rugi sup tu, da la pedas memang sedap, daging banyak pulak tu, nasib baik sempat makan telo kuning dia yang cair tu, memang Awesome. Kimichi tu kena makan dengan nasi tu, baru leh telan tidak tak leh telan, mencabar betul rasenya. Adoi..
Ni Misah nya, dia nampak macam tak bape nak suka, Tak pelah, tak rugi mencuba. Huhu
Us. Dari kiri atas: Ira - Fad,
dari kiri bawah: Aku - Misah
P/S: Tak rugi mencuba, huhu, sekali sekali, dua kali kala. lalalala.. hee

WEDDING AQILAH

24 November 2012

Hari ni wedding member UiTM Segamat. Tak sangka Kila hantar Kad Jemputan. Terharu.. uhu.. 

Hmm tapi... aku pikir, macam mana nak pergi, aku ni bukan ade kenderaan.. lain lah kalo tempat tu leh naik public transport (bus, train) adoi... hmm dengan tak malunya aku mengajak Misah. Nasib baik Misah nak tolong hantarkan, tidak kempunan aku nak tengok Kila kawin dengan Hafiz. Hee Kila dengan Hafiz ni, dah lama couple. Waaaa best betul! Kekal hingga ke Jinjang Perkahwinan. Alhamdullilah, Semoga Kekal Hingga Ke Akhir Hayat. Tak sabar nak tegok baby korang. Huhu

Nampak muka aku kurus, haha.
Misah comel yang bakal jadi pengantin tak lama lagi. hee

Pemain Muzik. Unik.



Pengantin Di Singgahsana.


Berjumpe dengan kakak bilik yang dirindui, nak nagis rasenya bila jumpe dorang, rindu sangat kat dorang, (T_T)

Kak DD Comel.
Kak Diyana Cantik.
Bergambar bersama pengantin yang kacak jelita.. huhu


Menyempat.


Berposing kat kate sape tah, hahah
SEKIAN...WASSALAM...