Wednesday 25 April 2012

PENGORBANAN SEORANG RAKAN

Di sini aku ingin berkongsi rase terharu aku terhadap mereka-mereka di bawah. Ini semua disebabkan oleh sumbangan mereka terhadap aku dan kami semua yang terlibat di dalam Program Mesra Etnik. Pegorbanan yang dilakukan tidak dapat dibalas dengan wang ringgit, sebab ia lebih bernilai dari itu. 

1. Teha


Banyak pengorbanan yang Teha lakukan, lebih-lebih lagi terhadap aku. Tengok saja gambar di atas. Teha amat mengambil berat kebajikan kami semua. Pada waktu ini aku lelah dan terasa ingin pengsan, Teha memberikan semangat, dia menyuruh aku bersandar di pokok, apabila aku merasa sedikit pulih barulah aku kembali meneruskan perjalanan. Paling Terharu kerana Teha menunggu aku sehingga aku pulih. 

Teha juga menolong membawakan beg aku yang berat. Aku amat menyesal kerana membawa air botol 100plus yang besar. Aku tidak larat membawanya, lebih-lebih lagi sewaktu melakukan pendakian, terasa ingin saja mencampakkan beg tersebut ke dalam gaung yang bersebelahan. Teha membawakan beg aku selama 2 jam lebih. Aku amat terharu, bile aku ingin mengambil kembali beg itu, Teha berkata "tak apa sara, jalan je, tak berat pon.." Teha juga turut mengukir senyuman yang iklas, terasa seperti air panas membasahi pipi, terharu tak terkata. Terima Kasih Teha..

 2. Kak Siti

Kak Siti adalah salah seorang pengiring kami, beliau adalah penduduk Kampung Ulu Kelaka, Jelebu, Negeri Sembilan. Kak Siti banyak membantu aku ketika di dalam hutan. Kak Siti juga tolong membawakkan beg aku yang berat. Kami bergilir-gilir membawa beg aku yang berat itu, apabila memerlukan pendakian, atau menuruni jalan yang licin, kak Siti yang bawakan beg tersebut.

Perjalanan pulang ke kampung Ulu Kelaka amat mencabar, banyak kayu reput, paip air yang licin, lubang yang besar, berjalan di lereng bukit yang curam, licin dan membahayakan. Kak Siti memimpin tanganku sepanjang perjalanan di lereng tersebut. Tanpa kak Siti aku mungkin tidak dapat berkongsi cerita di dalam blogku ini.  Aku amat terkilan kerana tidak berjumpa kak Siti selepas acara penutup, aku ingin memberikan sedikit sumbangan kepada kak Siti kerana banyak berkorban untukku. Terima Kasih kak Siti.

3. Abe

Abe adalah lelaki yang paling baik sepanjang Program berlangsung. Abe banyak berkorban untuk semua orang. Abe membuatkan kami semua terharu dengan ke gentlemen nya dia. Aku tidak dapat membayangkan pengorbanan tersebut dilakukan oleh lelaki lain. 

Abe membawa beg sandar belakang, Ketika hujan renyai, Abe membawa kamera DSLR Izzah yang berat di dalam begnya itu, beg Abe kelihatan sungguh berat, bukan sahaja camera yang dibawanya, jika tidak salah Abe juga tolong membawakan kotak first aid yang berat. Terima Kasih Abe.


Ini adalah kasut Abe. Salah seorang rakan kami mengalami kerosakkan tapak kasut tercabut. Abe dengan lapang hati memberikan kasutnya itu kepada rakan kami. Selepas memberikan kasutnya itu kepada rakan kami, Abe meneruskan perjalanan dengan berkaki ayam selama 2 jam lebih. Abe melalui ranting-ranting kayu yang tajam, jalan yang licin, cerun yang berbahaya tanpa kasut. Terharu sungguh aku melihat pengorbanan Abe itu, walaupun bukan untuk aku. Beruntunglah siapa yang menjadi suri dihati Abe, pengorbanan Abe bukan kepada buah hatinya, tetapi kepada rakannya. Ini baru rakan, kalo girlfriend or isteri mesti lebih lagikan. huhu. 

3. Sima


Sima banyak berkorban sepanjang Program berlangsung, dari malam perasmian, sehingga acara penutup Sima tidak henti-henti mengulurkan sumbangan. Di sebabkan rumah Sima di Negeri Sembilan, Sima menawarkan diri untuk membawa kereta. Sima juga bertungkus lumus untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar. Terima Kasih Sima.

Selepas ini, cerita "Team Building bersama anak orang asli" dan juga "Perkara yang tak dapat dilupakan sepanjang berada di Kampung Ulu Kelaka, Jelebu, Negeri Sembilan.

No comments: