Monday 23 April 2012

CABARAN JUNGLE TRACKING

21 April 2012

Setiap perkara mesti ada cabarannya, tak kire sekecil semut atau sebesar gajah. Jungle Tracking memberikan banyak kenangan indah dan juga pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Ini merupakan pegalaman pertamaku meneroka hutan tebal yang mencabar. Seperti yang aku nyatakan di dalam post sebelum ini, aku tidak melakukan sebarang persediaan untuk menjadikan badan aktif dan berstamina. Kesannya terasa, selepas suku perjalanan di dalam hutan, aku sesak nafas dan terasa ingin pitam. Pada mulanya, aku mengikuti kumpulan pertama, tetapi kumpulan pertama amat pantas. Aku tidak dapat megejar dengan keadaan badan yang lemah. 

Aku meneruskan perjalanan selepas mendapat sokongan daripada Ketua Progam yang amat baik hati, iaitu TEHA. Aku mengikuti kumpulan ke-2. Kumpulan ke-2 tidak sepantas kumpulan pertama. Sepanjang perjalanan, aku gusar sekiranya perkara seperti tadi berulang kembali, aku mengambil inisatif untuk tidak berjalan terlalu laju, dan tidak mendongakkan kepala, aku selalu memandang ke tanah, ia dapat megurangkan rase penat sewaktu mendaki laluan berliku.  

Pacat menghinggap kaki tidak terkira banyaknya. Ade beberapa ekor yang jatuh sendiri selepas kekeyangan menhisap darahku. Bukan aku saja mangsanya, tetapi kami semua. Ada pacat yang naik sehingga ke pusat kawanku. Apabila ditarik, darah memancut-mancut keluar, tidak berhenti. Ada segerombolan pacat dikaki Izzah, menghisap darah dengan penuh nikmat, sehingga Izzah merasa sakit tidak terkata. 

Dahan /  halangan yang dilanggar ramai orang. Ada yang terjatuh kerana melanggarnya.
Sesi membuang Pacat, sakit dan menggelikan.
Alin disengat penyegat kerana terlanggar sarang penyengat tersebut.
Lubang yang membuatkan Ikwan terjatuh.
Tapak kasut ILYA hampir tercabut. 
Izma yang berstokin kerana kerosakkan kasut. Izma berjalan menggunakkan stokin selama 2 jam
 lebih, di dalam hutan yang tebal dan banyak ancaman. Izma seorang wanita hebat.

Cabaran paling dirasai sewaktu melalui lereng bukit yang curam, licin, dan menyeramkan. Hujan pula renyai-renyai. Banyak perkara yang terlintas difikiran, adakah aku dapat pulang dengan selamat atau pun tidak. Alhamdullilah aku selamat. Syukur ke hadrat Ilahi.

2 comments:

Yellow Scarf said...

hey hey, I love jungle trekking too :3

merapu said...

wah bagusnya, kamu mesti seorang yang cergas, huhu