Monday 23 April 2012

HUTAN YANG MENYERAMKAN

21 April 2012

Hari yang dinanti-nanti menjelma jua akhirnya. Perasaan membuak-buak ingin meneroka keindahan alam semesta. Walaupun teruja, tetapi terselit jua perasaan risau. Tiada persiapan rapi yang aku lakukan untuk mempersiapkan diri menjadi lebih berstamina. 

Program pertama adalah Jungle Tracking, kami semua akan dibawa melawat hutan tebal, yang selalu di lalui oleh orang asli. Selepas selesai makan nasi lemak dengan minum air tea o, kami melakukan aktiviti regangan untuk mengelakkan otot-otot menjadi kekejangan.Selepas selesai meregangkan badan kami diberi sedikit taklimat tentang, 'Do and Don't'. Contohnya jika ingin membuang air kecil, hendaklah meminta izin dulu, tidak boleh terlalu berseronok di dalam hutan, tidak boleh berpecah dari kumpulan dll. 

Apa yang merisaukan kami diberi peringatan tentang Pacat yang akan menyerang. Dengan sarung kaki yang pendek membuatkan aku risau, melihat rakan-rakan seangkatan yang memakai sarung kaki panjang dan meletakkan sarung kaki berlapis dengan seluar membuatkan aku menjadi lebih risau. Terbayang mereka akan selamat manakala aku tidak. Hanya doa yang menjadi penguat diri.

Perjalanan masuk ke dalam hutan tebal.

Memimpin ILYA, membantu satu sama lain. Betul-betul team building.

Check point pertama. Alhamdullilah.

Di Jambatan.
Mandi air sungai, dingin airnya. Kerana tidak mahu basah, aku hanya merendamkan kaki.
Akhirnya sampai kembali ke Kampung Kelako, Negeri Sembilan.
Perjalanan mengambil masa selama 6 jam. Ini merupakan perjalanan yang jauh dan sangat mencabar. Ia bukanlah jalan yang rata, memerlukan pendakian. Badan terasa amat letih. Kaki seperti tidak berpijak di atas tanah. Rasa amat gembira kerana berjaya menyelesaikannya. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Selepas ini, sambungan cabaran dan pegorbanan sepanjang Program Jungle Tracking.

Bersambung....

No comments: