Monday 23 April 2012

MALAM PERASMIAN PROGRAM MESRA ETNIK

20 April 2012

Malam perasmian Program Mesra Entik telah berlangsung dengan jayanya. Sambutan daripada warga kampung membuat majlis berlangsung dengan meriah. Kami disajikan dengan persembahan tarian Sewang daripada penduduk Kampung Kelako. Ia amat menghiburkan. Pada mulanya kami hanya menonton, selepas itu kami di pelawa untuk bersama-sama menarikan Tarian Sewang. Walaupun kelihatan mudah, tetapi sebenarnya ia agak sukar. Agak menarik kerana berpeluang merasa pengalaman tersebut.

Malam itu aku dapat melihat perangai budak lelaki kelas yang agak penyang. Mengejutkan kerana merasa ia adalah mustahil. Aku menggosok-gosok mata untuk meyakinkan diri bahawa aku tidak bermimpi. Tidak sangka budak lelaki kelas aku mempunyai sifat penyang, ini kerana sifat tersebut tidak pernah ditonjolkan sewaktu berada di dalam kelas. Ikwan agak mesra dengan anak orang asli sehingga memberi kepercayaan kepada si kecil untuk bermain game di I.Phone nya. Abe pula mengendong-ngendong, memangku-mangu si kecil di atas ribanya. Faris pula tidak putus-putus memberikan senyuman kepada si kecil, sehingga si kecil tersipu malu. Paling megejutkan ialah Muhsin bergambar dengan si kecil, dan ia kelihatan sungguh mesra. Terasa bangga di lubuk hati aku kerana mempunyai rakan sekelas yang penuh keiklasan dan kasih sayang. 

Majlis dipengerusikan oleh Ida yang berkaliber. Alin dan Lisha menjaga makanan agar tiada si kecil yang mengambil, bukan kedekut tetapi kerisauan melanda jika makanan disediakan tidak mencukupi. Teha sebagai Ketua Program memastikan semua perkara berjalan dengan lancar. Aku dengan Izzah memeriahkan majlis, kami berdua menepuk tangan dengan kuat untuk memberi sokongan kepada semua yang memberi ucapan mahupun yang membuat persembahan, kedengan tugas kami tidak penting, tetapi apabila diamati tugas kami ada jua gunanya. Anoi mempesiapkan diri untuk menyambut tetamu kehormat. Sima menguruskan apa yang patut, tugas Sima adalah berat, Sima banyak berkorban untuk Program ini, jutaan  terima kasih kepada Sima. 


Pensyarah kami.
Muhsin dan Anoi yang bertungkus lumus menyiapkan banner pelancaran.
Alin dan Lisha yang menjaga makanan
Antara si kecil yang hadir.
Abang Din yang komited mengambil gambar.
Muhsin yang tetibe mesra 
Ciri-ciri kebapaan Abe terserlah.
Perbincangan yang meragukan semua pihak.. hurm..
Tarian Sewang.

Beramah mesra bersama penduduk kampung.

bersambung.......

1 comment:

nurazlin mohamad said...

ok, mula merindui saat ini. :)