20 April 2012.
Hari ini aku bersama rakan kelas bertolak ke Negeri Sembilan. Tujuan ke sana adalah untuk melaksanakan misi, community service, bersama warga orang asli di Kg Kelako.Perjalanan ke Kampung Kelako dari Shah Alam tidak lah bergitu mengambil masa yang panjang. Bus yang kami dapat adalah bus sekolah. Luaran kelihatan uzur, tapi dalaman bus amat selesa, air cond yang bergitu dingin dan kerusi yang empuk. betul kata pepatah "don't judge a book by it's cover". Keadaan menjadi lebih selesa kerana kami semua mendapat dua kerusi setiap orang. Yelah kelas kami hanya 19 orang. Pemandagan yang indah membuatkan perjalanan terasa singkat.
Jantungku berdegup deras kerana tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan kampung tersebut. Bagaimana keadaan tempat tidur kami "dengarnya kami akan tidur di surau tinggal" seram bukan, bagaimana tandas dan bagaimana penerimaan warga penduduk kampung Kelako terhadap kami semua.
Alhamdullilah, semuanya baik, tempat tidur selesa, tandas selesa, air besar, dan warga di sana menerima kedatangan kami dengan tangan yang terbuaka. Seronak rasanya. Aku gembira melihat wajah anak kecil yang comel lote dan juga seyuman warga penduduk kampung Kelako.
Apa yang kita jangka hendaklah melebih-lebih supaya kite tidak terkejut dengan apa yang akan berlaku. Bila jangkaan sudah melebih-lebih kita dapat menyediakan diri dari segi fizikal dan juga mental. Kiranya jangkaan aku terhadap kampung Kelako adalah jauh terpesong. Ia tidak lah seperti yang aku bayangkan, ia lebih baik. Itu yang membuatkan aku temalu sendiri.
Picture taken by: Sarah Izzah, except my own picture taken by Izzah.
Picture taken by: Izzah.
Nantikan sambungannya.. (^_^)
No comments:
Post a Comment