Saturday 14 July 2012

HARI KUCAR KACIR

7 JULY 2012
Sabtu

Hari terakhir paper final sem 6 untuk Nurul & Emah. Cadang nak makan laksa, cempedak goreng, pisang goreng, kepok leko untuk hari terakhir ini.Malam ni Nurul da balik.. sob..sob.. Berjalanlah kami beramai-ramai ke kedai abang Laksa (Aku, Emah, Nurul n Abid). Selepas order aku berborak-borak dengan Nurul, dekat depan abang laksa yang sedang mengbungkuskan laksa kiteorang, dekat situ.. ade lah sorang mamat ni muka macam Mat Lutfi, datang idea nak menipu Nurul, Aku berkata "Nurul Mat Lutfi dah nak bertunang kan?. Da tegok video terbaru" Nurul yang dah kalis dengan penipuan aku pun berkata " Aa tunang dengan ko" pastu aku cakap "Eh tak ar,  mak dia yang pilihkan calon" Nurul balas " Yela calon nya ko" pastu kita orang gelak ar sama-sama. Yang tak leh bla nya, abang laksa yang sedang membungkus laksa kami tu muka macam nak percaya dah  Mat Lutfi nak tunang. Hee kagum lak kan.

Memandangkan Emah & Nurul berpuasa, jadi kami semua makan lepas magrib (Aku, Izzah a.k.a tetamu, Pija, Syira, Emah, Nurul n Abid) makan di ruang tamu. Baru beberapa ketul kuih masuk ke dalam mulut, Nurul mendapat panggilan telephone daripada ibu beliau, Ibu beliau menyatakan yang dia da sampai bawah kondo kami. Adoi.... ape-ape pun, Nurul tak kemas lagi, yela paper petang kan. Kelangkabut semua. Than mak Nurul naek atas untuk membantu Nurul mengemas beg. Apabila selesai semua dah bersalam-salam dengan mak Nurul, Nurul pun balik, suasana waktu tu macam kelang kabut jugak. 

Kami semua ( Aku, Pija, Syira, Emah) duduk berehat sebentar, tiba-tiba Nurul masukdengan riaksi cemas sambil berkata "Purse dengan hand phone aku tertinggal" suasana menjadi kelang-kabut kembali. Nurul balik selepas menagmbil dompet dan handphone beliau. 

Selepas keberangkatan Nurul, aku melihat ke arah tong sampah hitam, sambil berbisik di dalam hati "Hmm, da banyak ni, buanglah" , jadi aku pergilah buang sampah. Masuk je umah balik Emah bertanya "Sarah mana kunci aku" aku menjawab " Kat citu tak de (sambil menunjukkan ke arah, tikar tempat kami bersantap sebentar tadi). Izzah pula mencelah "Tak de... Da cari da". Aku lak terus je menyambung membasuhkan tong sampah, bila kuar dari tandas Emah bertanya lagi, "Sara ko ingat ko letak mana" Aku menjawab "Entah".  Aku sambung membasuh penutup sampah pula. 

Usai membasuh penutup sampah Emah berkata "Hmm aku rase Nurul terambik kowt" Aku sebenarnya agak ragu-ragu, rasenya memang aku orang terakhir yang pengang kunci, tapi  yang peliknya nape tak de atas tikar, hmm. Izzah yang bertandang sebagai tetamu  juga telah menolong mencari kunci di depan rumah tempat meletak kasut, tapi tak ketemu juga sama kunci Emah.

Emah dah rungsing " Hmm nyesal lak bagi kunci aku..."(raut wajah resah), aku pula berbisik dalam hati "Apasal lah... aku yang jadi orang terakhir pengang kunci tu" Aku tanya dekat Emah " Emah tadi Nurul ambik dekat mana kunci  dengan dompet dia?", Emah menjawab "Dekat katil dia". Aku pun carilah kunci Emah tu dekat katil Nurul, alang-alang aku kemas kan terus katil Nurul, tegang cadar tilam dikerjakan oleh aku. Ta....pi.... kuncinya tak juga jumpa. Aku pun duduk balik kat atas tikar tu, makan lagi ciket kuih. Emah berkata " Aku rasa Nurul terambik ni, tapi dia tak angkat call". Aku pun cuba menghubungi Nurul, pun tidak berjawab juga. Tidak lama selepas itu Nurul telephone aku  dan berkata " Sarah, mak aku da kasi, kunci last tu kat ko, ke ko termasukkan dalam beg aku" aku jawab "Entah.." pastu Nurul cakap "takpe nanti aku cari". Hmm bende ni buat aku lagi seram, mana lah kunci Emah ni aku terbuang ke? Adoi..

Sewaktu Aku dan Izzah menjamah laksa, Emah berkata lagi " Hmm aku bukan ape, aku tak kesah kunci tu kalo kat Nurul, aku nak kunci laci meja ni. Sayanglah kalau hilang."(menunjukkan riaksi sedih) Rase bersalah bersinggah kebali dilubuk hati ini. Aku yang sedang makan menyambung pencarian kunci. Selepas itu aku berkata  " Hmm, nak cari kat beg Izzah lah". Izzah berkata "Carilah, takut termasuk.", sporting betul kawan aku yang sorang ni. Huhu.

Hurmmm...(nada mengeluh) Tak jumpe jugak kunci Emah. Aku berkata, "Tak jumpe lah Emah" Emah berkata "Hmm, aku tak kesah nak buat kunci baru, kalo betul ade kat Nurul takpe la, kalo tak de tu yang aku risau, aku lak pergi letak semua sekali. Hurmm". Waktu Emah cakap macam tu aku terpikir dan berkata dalam hati "Hmm tak kan terbuang kowt kunci Emma". Aku memang ingat aku buang plastik laksa tu je, tak kan aku terbuang kunci kowt, hurmm....

Usai makan, Izzah mencuci pinggan sambil membersihkan singki, mana tau, waktu masak-masak kunci itu tertinggal atas singki. Rajin betul tetamu kami ni. Hee. Emah berkata lagi "Hmm. Aku ni memang suka buat kunci banyak-banyak kali.."(nada sedih). Hmm waktu tu aku da kusut da, nak biar kan... tapi rasa bersalah, yang peliknya kenapa kunci tu tak ada, ke aku masukkan kunci tu dalam beg Nurul? KE AKU TERBUANG???????? Huh gila ar terbuang kunci. Aku meluahkan apa yang aku rasa dekat Emah " Ke kita tebuang? Tapi kita pasti kita buang plastik je tadi. Hurmm" pastu Emah kata "Hmm harap-harap ada kat Nurul. Aku bukan ape kunci laci ni yang penting" Duduk lah termenung kami semua sambil memikirkan dan membincangkan, mana kunci Emah. Ada lah nak dekat setengah jam kami membincangkannya. 

Selepas itu  Emah mendapat idea untuk bertanya kepada Pija "Haa Pija je tak tanya lagi.." (Waktu kitaorang sedang mencari-cari tu, Pija duduk dalam bilik, dan bilik dia berkunci). Emah mengetuk pintu bilik Pija "Pija...Pija.." Pintu terbuka, Pija memunculkan diri, Emah deras bertanya "Pija, ko de nampak kunci aku tak?" Pija dengan gaya confius,  mengambil kunci yang tergantung di belakang pintunya, ade banyak kunci di situ. Pija sebenarnya tak tahu apa yang berlaku kat ruang tamu, dia pakai earphone sebab tengah kusyuk   tengok  cita Hindustan.  Selepas Emah mengambil kunci , dan Pija menutup pintu bilik dan menyambung kembali film hindustan yang tergendala sebentar tadi. Adoi geram nya.... Siket lagi je aku nak pergi selongkar sampah. Nasib baik tak... Macam mana lah Pija (ketua rumah), boleh masukkan kunci tu dalam bilik dia? Adoi.........haiiii 

Pikir-pikir balik kelakar jugak. Dalam sejam lebih cari kunci tu, banyak lak sepekulasi yang dibuat. Paling kesian adalah Nurul, tak pasal-pasal kena tempis sekali, mak Nurul pun terbabit sama. Sorry sangat Nurul n Mak Cik. Ni sume salah Pija. Rajin pulak dia bawak kunci masuk dalam bilik.. hehe

Gambar-gambar peristiwa

Laci Emah yang ada kunci..

Katil Nurul yang sempat aku kemas. hee

Tikar yang diyatakan dalam cerita di atas.
Tempat Pija meletakkan kunci Emah.


P/S: Akan rindu moment ini. Huhu

1 comment:

so said...

kelakar la hari tu sara..hehe