Sunday 15 July 2012

BERSUKA RIA DI PORT DICKSON.

14 July 2012
Sabtu

Hari ni kuar dengan Misah dan Ira (Munirah). Bersiap seawal 7 pagi, tapi apakan daya menunggu Munirah sampai lebih kurang kul 8 pagi. Huhu. Perjalanan berjalan dengan lancar walaupun perut bekeroncong kelaparan. Untuk sampai ke destinasi yang dituju dari Shah Alam, mengambil masa sejam lebih. Waktu di dalam kereta rasa ngantuk, memandangkan duduk depan kenalah menemankan Misah, Misah cemburu melihat Ira dibelakang ketiduran, dia kata "Ira, bagun da nak sampai" aku cakap balik "Ye ke? Bukan jauh lagi ke? Ko jealous ngan Ira.. hehe", Misah kata "Kalau aku tido nanti semua tidur terus" haha paham-paham je la maksud Misah tu. 

Alhamdulillah sampai ke destinasi dalam pukul 10 lebih, hmm da panas, nak mandi jugak ke? Mandi jela, dah la susah nak datang lagi, kali terakhir aku pergi PD waktu umur 12 thn kalau tak silap. 




Ais krim cone kat cini RM2,
da lah dua scope je, nak lagi satu scope tambah RM0.50

Selepas bermandi-manda di pantai. Ira menyatakan hasrat hatinya kepada Misah. Dia nak pergi sekolah lama dia. Rindu katanya. Ira bersekolah di SEKOLAH MENEGAH AGAMA TELOK KEMANG PORT DICKSON, NSDK. Ira sekolah dekat situ dari tingkatan 1-3. Mulalah perjalanan kami melawat sekolah lama Ira. Best jugak. Tapi rasa janggal sebab ramai pandang, yelah kan tak proper, budak sekolah tu pakai tudung labuh kowt. Hmm aku bilalah nak jadi macam tu ye. Huhu.



Perjalanan bermula..

Belakang yang atap biru tu surau,
sempat kami singgah solat Zohor.


Ira dihadapan kelas budak pandai.
Satu ketika dahulu, Ira pun di sini juga.

Misah menunjukkan riaksi gembira.

Misah dengan air ABC yang aku beli,
murah dan sedap RM2.50 mana nak jumpe kat tempat lain. huhu

Misah yang kagum dengan
Tugas Harian yang diletakkan di papan kenyataan.

Misah di atas pentas,
 Ira kata dulu dorang buat sembahyang sunat
ramai-ramai dekat depan pentas tu. Menarik bukan?
Seterusnya kami makan di COWBOY PLACE, WATIE BEACH CAFE. Memang takut nak masuk pada mulanya, sebab semua pun duit tak berapa nak ada, ingat kedai makanan barat, tegok luar macam gak je. Disebab kan keyakinan tinggi terhadap harga yang tidak bergitu mahal, kami bertiga memberanikan diri masuk ke dalam kedai tersebut. Misah kata kalo tak cukup nanti terpaksa la dia cari ATM, manakala Aku dengan Ira tunggu di kedai tersebut. Bila order tak lah rasa mahal sangat, Misah cadang kitaorang beli ayam seekor, nasi kosong tiga dengan air jug besar sirap. Hmm semua RM25 luar jangkaan sebab kedai tu mempunyai dekorasi yang menarik. Ingatkan harganya akan mencecah RM50 lebih. Huhu

Ira kagum dengan pistol yang tergantung. 

Baru perasan muka aku nampak suci je kan. Kagum lak. Haha

Bajet-bajet..

Antara perhiasan yang dipamerkan.


Selepas makanan yang dinanti-nanti sampai.

Dah mula rasa rindu nak makan lagi..

Ayam se ekor.
Nampak kecik, tapi kenyang gak ni, walaupun share 3 orang.

Ira dan makanan.

Ayam tu panas. Tak leh nak pegang betul-betul. huhu.
 Ayam tu makan dengan sos dia memang sedap yang amat.
(bagi pendapat aku lah, hee)

Apabila dah habis makan dan membayar makanan

Akan datang lagi.. Insyaallah..

Nampak sedapkan. Sup, sos, ayam nasi, timun...semua SODAP.

Ni Banner dia, menarik kan.

Sempat bergambar dekat luar kedai.
Aku tak paham kenapa aku buat muke gegedix cam gitu. hee

Kalo nak tau bukak pukul bape hari ape, leh tegok benda ni.

Bergambar dengan moto. STYLE lah ek? hee.
Yang paling tak boleh dilupakan adalah papan welcome dorang "Makan untuk hidup, Hidup untuk beribadah". LOL.

3 comments:

Syazwan Che Deraman said...

Mahal gile eskrim.

ABC pun dua riggit setengah.
kat sini murah je, seringit setengah.

seronok gi sekolah lama, menggamit memori.

sedapnya ayam tuh!

Anonymous said...

Haritu baru je pegi PD. tengok sunset. :)

azalia hjsalleh said...

lama dh x jln2 kat pd
rindulah plak