20 MAY 2012
Ahad
Hari terakhir di Cameron Highland, pejam celik-pejam celik da 3 hari 2 malam da, terasa masa berlalu terlalu pantas la pula, cuaca yang sejuk dingin membuatkan suke sangat berada di Cameron Highland.
Destinasi terakhir adalah ke Ladang Tea Boh. Seronoknya di sini kita dapat melihat cara pemperosesan tea dengan lebih dekat lagi, tengok mesin pengisar tea, pengasing tea dengan hampas, pembakaran tea, dan lain-lain. Baru tau tea ada grad-gradnya, tea dalam uncang merupakan grad 5, sebab ia cume terkandung habuk-habuk tea je, tea yang baik adalah tea dalam keadaan kasar.
Tea Boh tidak mengandungi pewarna, berbeza dengan tea Lipton, Lipton mempunyai pewarna yang amat pekat, Lipton tidak mempunyai ladang tea mereka sendiri, mereka mengimport tea dari seluruh dunia, Lipton juga terkenal dengan warna kuning, wah tapi aku paling suke tea Lipton, macam mana nih, hik.
Ada cara bagaimana mahu membezakan tea itu mengandungi perwarna, amik sample tea Boh dan Lipton, rendamkan dalam air, warna coklat menunjukkan ia memang warna asal, manakala warna kuning membuktikan ia mengandungi bahan perwarna yang kuat. Ayoyo...
Lupe nak bagi tau, yang tak best nya waktu pergi sini, tak dapat nak masuk ladang tea nya, sebab di serang ular, kalo nak masuk tanggung sendiri risikonya. huhu
|
Di kedai tea Boh, kat sini boleh beli tea grad 1. |
|
Tea pot yang unique. |
|
Dari belakang, Ilya, Alin, Teha, Izzah & Nabila (susun ikut ketinggian) |
|
Tiga-tiga pon nak tangkap gambar position yang sama, huhu.
Dari kiri: Sarah, Izzah & Alin |
|
Sabariah. |
|
Alin..XOXO |
|
Zayn Malik or Bruno Mars ? |
|
Love me love me say that you love me. (Justin Bieber) |
|
Curi gambar dari Alin. |
|
Jom balik..Baru dapat hidayah nak pulang ke pangkal jalan. huhu |
The End..