Friday 11 May 2012

MELAKA & CABARANNYA



4 Mei 2012

Hari ni rombongan anjuran group Alin, Cyma, Lisha, Anoi, & Jinggo ke Melaka berlangsung. Perjalanan sepatutnya bermula dari pukul 7 pagi. Awal bukan?. Alin resah kerana bus masih belom bergerak walaupun jam sudah menunjukkan pukul 7.23, ini kerana, kami menunggu rakan yang terjebak di dalam kancah kesesakkan lalu lintas, masing-masing di dalam bus kelaparan. Adakah kami akan berhenti makan, atau teruskan saja perjalanan kami? Apabila ditanya soalan kepada Alin "Alin berhenti sarapan tak? "jawapan diberikan agak mendukacitakan "tak weh.. da lambat da ni" (dalam nada kerisauan), pasrah dengan jawapan, kami semua meneruskan perjalanan . 3 jam, itulah anggaran untuk sampai ke destinasi kami.

Perjalanan yang agak lama, semuanya di dalam bus tidak termasuk driver bus, mengambil peluang untuk bermimpi (tido), apabila terjaga, kami sampai di stesen minyak SHELL. Owh belum sampai lagi rupenya, rasenya sudah lama bermimpi... Kelihatan muka driver bus Regit tersebut agak kerisauan, dan beliau menghubungi seseorang dengan menunjukkan riaksi yang cemas, sebenarnya bus kami memulakan perjalanan yang bising, enjin berbunyi kuat, seperti kami menaiki kuda gayaknya. Aduhai, adakah bus kami rosak? Semua itu bermain di dalam fikiran kami. Selepas semua orang menaiki bus, perjalanan diteruskan semula, hmm hati da tak senang sebenarnya, duduk termenung di tepi tingkap, selepas beberapa belas minit bus berhenti sekali lagi, ingatkan sudah sampai ke destinasi, rupanya di tepi LEBUHRAYA. Apakah ini semua? Tiba-tiba bau hangit menyelubungi bus, asap keluar berkepul-kepul di tempat duduk belakang bus, semua orang cemas, masing-masing berkemas dan buru-buru turun dari bus. Aduhai.... apakah nasib kami ini. 

Memandangkan ini penglaman pertama, (harap-harap pengalaman terakhir) kami berhenti di tepi Lebuhraya yang merbahaya, kami semua mengabdikan gambar kenang-kenangan di lebuhraya itu. 


Di papan tanda ini lah bus kami berhenti


Menanti.....



Menanti.................

Menanti.............................

Menanti..bus yang akan mengambil kami! Sejam lebih mengunggu, bus ganti tidak jua kunjung tiba. Panasnya  aku rasakan,  dengan tudung pasmina, baju kaftan, inner, kain pink dan lagging lagi aduhai...Apelah nasib badan.


Enjin yang kepanasan

Kenapalah bus Regit ni rosak? Tak service ke? Kesian kami semua. Luar da cantik dah, dalaman pula...hmm tak yah cakap lah, walaupun tak layak nak marah sebab naek pon free je, tak bayar ape-ape, tapi agak tension jugak lah. Aku rase kalo aku tak pakai baju panas macam tu, aku pon tak la panas hati sangat (salahkan diri sendiri yang terus pakai baju untuk ke dinner budak part 5 fakulti business) hee.


Nasib baik ade air Vitagen dengan buku Doremon, tak de lah bosan sangat.



Alin yang bergaya.


Sekian..




2 comments:

Anonymous said...

Menanti feat doraemon book and take some picture at the time,, nice solution huhuuuu :p

azalia hjsalleh said...

lama dh x jejakkan kaki ni ke selatan.. lg lg melaka