Sunday, 27 May 2012

CAMERON HIGHLAND YANG MERUNGSINGKAN

18 May 2012
Jumaat

Bertolak ke Cameron Highland bersama rakan sekelas. Kali ni berharap bus yang kami dapat tak ada problem macam bus pergi Melaka. Semua berkumpul di Padang Kawat UiTM Shah Alam. Lama jugak menunggu bus tiba, datang-datang, amik ko "BUS SEKOLAH" kiteorang dapat, uncle bus, India lah pula, hati dah tak tenang takut peristiwa indah (terbalikkan) berulang kembali. Sepanjang perjalanan aku membaca ayat kursi, kalo tertido gesa-gesa baca ayat kursi bila terjaga (entah berapa banyak kali ayat kursi yang aku baca). Alhamdullilah perjalanan yang mengambil masa hampir 6jam selamat dengan jayanya. Sampailah kami di Apartment Greenhill, Heritage Resort.

Masalah baru pula yang kami dapat. Uncle sampai-sampai terus nak balik. Owh terkejut kami semua, pastu uncle siap cakap nanti hari Ahad bersamaan 20 May 2012 dia amik kiteorang balik, uncle siap turunkan beg kitaorang sume. Abis tu kiteorang ni memang datang saje-saje nak tido kat apartment dan tak moa pergi mana-mana lah kan. Runsing fikiran abang Din, ape aktiviti kitaorang nak buat malam ni, kitaorang dah rancang nak pergi Pasar Malam. Setelah kami berbincang dengan Uncle dan pihak Rengit akhirnya uncle bersetuju untuk temankan kiteorang sehingga aktiviti di Pasar Malam Cameron Highland selesai. Lepas tu uncle akan balik ke Shah Alam. Selamat lah hari ni, tak la sia-sia kan malam dengan duduk melepak dekat apartment. Hee

Di Padang Kawat UiTM Shah Alam


Izma & Alin

Duduk: Dari kiri Teha, Nabila, Syida
Berdiri: Ilya.
Alin & Anoi
Muhsin menikmati nasi lemak pemberian Prof Ubaidah, Abe pula gatal idung,
& Faris ketap bibir tak tau geram pasai po.hee

Amir yang manja dengan Umi nya.

Greenhill Apartment, Heritage Resort

Ruang Tamu

View from the window of our apartment.
Alin & Izzah sebelum bertolak ke Pasar Malam
Sambungan Pasar Malam menyusul.

No comments: