Friday 22 June 2012

MIRROR DISPLAY YANG MENDEBARKAN

21 JUNE 2012
Khamis

Hari yang mendebarkan, ape rupa mirror display Salikin Sidik yang bakal kami buat. Hmm, Gunakan model sebenar, kretif lah jugak, Ingat nak satu manusia betul satu lagi patung, tapi da guna dua-dua je sebab tak sempat. Cantik betul Izzah ari tu, da lah dapat mengayakan persalinan Salikin Sidek yang anggun. Proud to be your friend lah Izzah Hayati yang cantik. Hee dalam blog aku ni, entah bape kali aku puji Izzah ek, tak terbilang rasenya, huhu.

Di sini nak konsi ape yang kami lakukan terhadap Mirror Display Salikin Sidek.

Bunga yang digubah aku tuk Izzah pegang, buat ni pon lama, hee,
 Sebab tangan tak beseni.. huhu

One of the mirror display.

Sape la yang buat ni, comel je, sama ade Ida, Saba, Fariz atau Abg Din, huhu. Aku waktu ni teman Izzah salin baju.

Bunga-bunga dari Sabariah.
Si Cantik..Nurul Izzah Hayati
Muhsin & Izzah yang jadi patung bernyawa. huhu.

Gambar ni yang ditangkap tanpa kerelaan, aku waktu ni da tension sebab rase macam nak mengemas, pastu Izzah suro tangkap gambar die, Alin lak datang betul-betul kan baju Izzah, tah dengan tidak sengaja aku cakap "Alin tepi sikit" dengan nada yang agak tinggi, Lepas da cakap macam tu rase bersalah sangat, adoi macam ne nak mintak maaf. Alin sori sangat, kan bagus waktu ni kite tak pengang camera tapi pegang penyapu, mesti kita tak cakap macam tu kat Alin...)=. Guilty sesangat... Betul lah kate pepatah telajak perahu boleh berundur, telajak kata, badan binasa..

Selepas itu kami semua makan beramai-ramai di depan PAS. Seronoklah, tak pernah kumpul ramai-ramai cam gini, rase meriah sangat, sambung bape meja tah kiteorang, cume tak lengkap sebab tak de Paan & Jinggo. Waa rindu tul ngan Paan. huhu.






Hari yang penuh penyesalan... Sob..sob.. Again.. sorry to Alin.. 




Dan sori juga kepada Izzah kerana wat Izzah terase hati, hari yang tak de mood nak tangkap gambar orang, huhu, Sori kepada sesiapa yang terasa hati dengan aku sejak dua menjak ni, mulut aku tah kenapa asyik melontarkan perkara-perkara tak patut, atau perkara yang membuat orang terasa. Maaf bebanyak, sesiapa nak aku anta kad raya tahun ni, cakap la ye, yang pasti aku tak bagi kat YO sebab YO tak bagi aku kad raya. huhu

2 comments:

Syazwan Che Deraman said...

hehehe.
tak apa.
Alin paham la tu.

Yellow Scarf said...

wedding?