Friday 21 June 2013

MAJLIS PERKAHWINAN ABANG ALIN

13 JUNE 2013, Khamis

Hari ni ikut Alin balik Kuala Kangsar. Perjalanan mengambil masa selama 3jam. Sepanjang perjalanan aku berborak dengan Alin. Harap Alin tak annoying lah dengar aku bercakap tak henti-henti hee. Aircond dalam bus tu kuar melalui dinding bus, amat memusykilkan. 


14 JUNE 2013, Jumaat

Ikut Alin dengan Abang Ngah (Pengantin) cari barang dekat pekan. Malam tu tolong bungkuskan telur, mak Alin stim kan telur tu, memang rare la kan, tapi sedap kowt. Mana-mana telur yg pecah tu, aku tolong makankan, haha, tapi mintak kebenaran tau pastu dorang kate "Makan je la". Berani dorang kate macam tu dengan orang yang kuat makan macam aku nih. hee. Dah nak dekat lewat malam tolong buat inai, yang pokok nya tau, haha, semangat, tapi separuh jalan je aku tolong, gila ta bole harap. hehe.

Kusyuk betul baby ni tgk video. hee

Daun Inai
15 JUNE 2013, Sabtu

Majlis yang dinanti sudah tiba, bukan pengantin je yang bedebar, aku pun bedebar sama, entah macam manalah gambar aku tangkap tu, takot tah hape-hape je. Walau bagaimanapun aku rase terharu Alin percaya kat aku suro tangkap gambar abang dia kawin, tapi masalahnya aku pula tak yakin dengan diri sendiri. Adoi... (T_T). Tak yakin tapi berani pula  "SETUJU". Ish.. ish..ishhh....

Antara gambar yang aku tangkap & aku suke. haha. Aku suke... tapi tak tau la kalau orang lain suke ke tak, aku asyik tangkap gambar baby je, rumah Alin ramai betul baby yang cute-cute geram tengok. Aku ni memang tak mengikut arahan, orang suro tangkap gambar pengantin dengan keluarga, aku tangkap gambar baby.Tiba-tiba rasa bersalah meyelubungi diri. Hadoi...!

Anak saudara Alin no4.

Anak saudara Alin no2

Mak Ayah Alin bersama dengan cucu mereka yg pertama dan ke-2.


Kakak Ipar Alin & Abg Sulung Alin. Cantik & Kacak. 

Adik saudara Alin. Yang pakai topi tu macam muka Muhsin lak aku tengok. hee



Mak Cik ni naik moto duduk macam tu. Tauma aku tengok, sebab dulu aku pernah jatuh moto bila duduk macam tu. 

Pengantin da sampai...

Alin dan teman istimewa beliau menjadi pengapit pengantin. hee

Waktu ni sume orang tolong pakaikan sampin untuk pengapit lelaki.

Lelaki pengang bunga telo. Rare la jugak, tapi dia duduk depan, so aku pun da confius macam ne nak tangkap gambar. hee

Walaupun aku suke gambar ni, tapi nampak macam pelik, mungkin terlebih edit kowt. 

Abang Ngah Alin memang lawak. hee.

Pengantin nak masuk bersanding. Abang Alin makan beradab dulu baru sanding, nanti aku pun nak buat macam tu la.
Rare kan. hee

Macam Justin Bieber lak aku tengok, comel betul.

Yeah sempat gak aku bergambar.. hee

Kakak Ipar Alin bersama anak bongsu beliau. Tomel..

Pretty Sister. Baik sangat dengan aku, terharu betul.
-sambungan gambar outdoor.- 

No comments: